https://critoxium.com/shop/

Terkini

Azam Baki Tidak Langgar Peraturan — Tiba Masanya SPRM Berwajah Baharu !


Oleh Syam Ghaz 

1. Takda masa nak backup dia, tapi saya suka berkata terus terang.

2. Dia dah istihar pada JPA dia ada saham, ikut dah peraturan, cuma elok PMX tak sambung dia lagi sebagi KP SPRM sbb prestasi dan lama sangat duk situ.

3. Bagi orang muda dan lebih intergriti ‘pick up’ calon luar terus, dan buat pembersihan total di SPRM Hq dan Negeri.

4. Dalam laporan Bursa Saham ni detail keluar. Bukan rahsia pun, baca sini: https://disclosure.bursamalaysia.com/.../apbu.../download...

5. Selepas semakan struktur korporat, anak syarikat, bisnes model dan laporan Bursa:

6. TIADA bukti Velocity Capital atau mana-mana anak syarikatnya mendapat atau menikmati kontrak kerajaan secara material kecuali Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) bernilai RM144.5 juta yang dianugerahkan oleh kerajaan pada Februari 2017.

7. Cuma sebagai Ketua Pengarah SPRM, dia dah istihar ke JPA dia ada beli saham. Itu wajib. Ikut pekeliling dah.

8. Pengumuman Bloomberg tu tak pelik pun.

9. Ini SEMUA anak syarikat dalam carta Corporate Structure Velocity Capital Partner Berhad (30 Jun 2025)

a. CERAMIC / MANUFACTURING

Oriwina Sdn. Bhd.
Asian Pottery Penang Sdn. Bhd.
Asian Earthenware Sdn. Bhd.
Asian Pottery Home and Garden Sdn. Bhd.
Asian Porcelain Sdn. Bhd.
Asiarise Holdings Sdn. Bhd.
Asian Pottery Manufacturers Sdn. Bhd.
Metro Craft Sdn. Bhd.

b. CONSTRUCTION AND PROPERTY

Million Rich Development Sdn. Bhd.
Profit Sunland Sdn. Bhd.

Titanium Hallmark Sdn. Bhd.
KTG Marine M Sdn. Bhd.

c. TRANSPORTATION AND LOGISTICS

Line Haul Sdn. Bhd.
Line Haul Borneo Sdn. Bhd.

d. FINANCIAL SERVICES

Velocity Capital Sdn. Bhd.
Velocity Wealth SWH Sdn. Bhd.
Velocity Direct Sdn. Bhd.
Velocity PE Sdn. Bhd.
Velocity Capital Investment Bank Ltd.
CSH Priority Sdn. Bhd.

e. OTHERS

Alliance EV Sdn. Bhd.
Sunmark Point Sdn. Bhd.

10. Saya takda masalah dgn Abam Azam Baki, saya juga berpendapat dia tak salah ada beli saham dan benda itu dia istihar.

11. Tiada pekeliling atau peraturan yang melarang Ketua Pengarah atau penjawat awam memiliki saham. Kalau ada pun yang 5% dan RM100,000 tu.

12. Tu Peraturan Tatakelakuan Dalaman, boleh lepas jika dia minta kebenaran dan tidak terlibat dalam urusan kelulusan, pelesenan, penguatkuasaan atau pentadbiran ke atas syarikat tersebut, serta membuat pengisytiharan harta, maka pemilikan saham secara pasif adalah dibenarkan.

13. Penjawat awam dibenarkan memiliki saham dengan syarat:

I. Isytihar harta dibuat
Ii. Tidak terlibat mengurus syarikat
Iii. Tiada konflik kepentingan atau salah guna kuasa

14. Larangan hanya terpakai jika:

I. Tidak isytihar
II. Guna jawatan untuk lindungi kepentingan
Iii. Campur tangan urusan rasmi

15. Cuma saya berpendapat sebagai Ketua Pengarah SPRM, beliau tidak patut buat, tambahan pula Syarikat dia labur saham tu ada pelbagai anak Syarikat. Bab ni saya suka tengok Laporan Kewangan dan aset Syarikat, dilampirkan.

16. Cadangan saya elok selepas bulan 6 ni beliau tamat kontrak, tidak perlu lah disambung lagi.

17. Prestasi tangkapan bagus, prestasi pendakwaan lemah dan pembuktian tak kuat.

18. Bahasa kampung, tangkap ramai, lepas pun ramai.

19. Terima kasih di atas segala Khidmat selama ini Tan Sri. Selamat bersara, kita bagi peluang kepada orang baru pula.

20. InsyaAllah PMX Anwar Ibrahim akan lantik orang yang boleh REFORM HABIS SPRM nanti. Doakan

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.