https://critoxium.com/shop/

Terkini

“Bersatu Seketika, Bergaduh Selamanya?”


Oleh Fathi Aris Omar

Inilah masalah budak dalam berpolitik. Apa sebab takut? Sebab selepas bersatu, mereka pecah-belah.

Tengok PAS dan Umno 1978. Tengok Bersatu. Tengok Umno. Tengok PAS. Tengok MN, tengok PN.

Mereka suka pecah-belah selepas bersatu.

Elok dah Tun Razak buat BN selepas 13 Mei, panggil parti bergabung, tapi PAS dan Umno dulu berpecah. MCA dan Gerakan elok saja dalam BN.

Muncul Berjasa daripada PAS. Selepas itu, mumcul Hamim pula. Lama kemudian jadi Amanah.

Masuk 1980-an, muncul takfir, solat dua imam, boikot kenduri dan batalkan masjid lama. Tidak cukup ketegangan Umno-PAS ini, Umno pula terbelah dua hingga diharamkan pada 1988.

Muncul Semangat 46. Sedekad kemudian, muncul PKN walau tidak totok Melayu dan terima ahli pelbagai kaum, macam Gerakan hujung 1960-an.

Gaduh lagi, muncul Bersatu pula. Konon tidak suka DAP ada di Putrajaya, pakat buat MN. Sudahnya PAS tinggalkan Umno, buat PN dengan Bersatu.**

Waktu Bersatu, PAS dan Umno di puncak kuasa inilah mereka pecah! Macam PAS dan Umno dalam BN dulu. Macam Berjasa lahir dari kelangkang PAS.

Episod BN pada 1970-an berulang pada 2020 hingga 2022. Umno terbelah dua, "kluster mahkamah" dan "kluster kabinet". Yang geng kabinet ini jual kesetiaan kepada Bersatu. Umno retak seribu! PAS tinggalkan MN.

Kemudian kau tengok apa jadi pada PN tu? Apa jadi di Perlis? Kau panggil itu bersatu? Tengok apa jadi pada pengerusi PN. Nak satu apa jika tiada ketua?

Asyik hendak bergaduh sampai calon PM tak tahu!

Tengok Bersatu hari ini. Tengok Bersatu dan PAS hari ini. Buka mata luas-luas, jangan khayal.

** Bersatu lahirkan Pejuang pula, diketuai tokoh ultranasionalis konon, yang kerjanya rosakkan parti Melayu. Tak ada kerja lain, dilantik penasihat SG4. Dialah paling sibuk buat seminar satukan Melayu! 😆

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.