Mahiaddin DiTolak Faktor Wang ?
Oleh Mohd Sayuti Omar
Pengaruh wang cukup besar dalam hidup ini, manusia sanggup meninggalkan segala galanya demi wang; meninggal kawan dan perjuangan adalah perkara biasa.
Idealisme, semangat, kesetiakawanan tidak akan utuh apabila masuk bak duit atau wang.
Dalam kes Mahiaddin Yassin kenapa beliau “dikhianati” kawan dan sahabatnya dalam Bersatu ialah kerana wang. Wang menyebabkan beliau tidak dipandang sebagai pengasas Bersatu sekaligus orang yang memberi tuah kepada pembangkang menumbangkan kerajaan Najib.
Kononnya Mahiaddin tidak kompeten dan relavan lagi untuk memimpin Bersatu adalah kosmetik semata mata. Hakikat sebenarnya kerana beliau tidak ada wang, atau loket menggunakan wang untuk memuaskan tembolok tembolok nasfu dalam partinya.
Ini terbukti apabila beberapa orang yang kini sepakat dengan Hamzah Zainuddin mendedahkan akan kebakhilan Mahiaddin dalam soal kewangan. Beliau tidak menyediakan wang untuk parti. Semasa pilihan raya di Sabah diceritakan Hamzah yang mengeluarkan wang.
Usah tanya dari mana Hamzah dapat wang untuk membantu pilihan raya itu. hamzah dikenali sebagai dermawan? Tetapi ceritanya wang menjadi Mahiaddin diserang, diperkecilkan kemudian ditinggal secara berjemaah.
Kemalangan Mahiaddin bukan sahaja ditolak oleh rakannya dalam Bersatu, tetapi Pas juga mula menjauhi Mahiaddin apabila sudah terhidu Mahiaddin tidak dapat lagi membantu mereka dalam soal kewangan dalam pilihan raya mendatang.
Jadi kesimpulannya wang adalah segala galanya boleh membina pengaruh, membeli pengaruh dan juga kehilangan pengaruh. Malahan sebuah perjuangan itu akan musnahapabila wang dijadikan rohnya. Trims.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.