https://critoxium.com/shop/

Terkini

Amanah Kecam Serangan Israel–AS ke atas Iran, Desak Hentikan Segera


Parti Amanah Negara (Amanah) mengecam sekeras-kerasnya serangan yang dibuat oleh Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran. Serangan yang dibuat ini adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan mengancam ketidakstabilan serantau yang sudah rapuh. Sebarang tindakan yang tidak bertamadun dan berperikemanusiaan hendaklah dihentikan serta-merta.

Serangan ini tidak seharusnya berlaku di tengah-tengah rundingan sedang berlangsung di Geneva di mana Israel dan Amerika Syarikat sepatutnya menghormati proses rundingan.

Amanah turut mendesak semua negara Arab untuk memutuskan hubungan dengan Israel sebagai solidariti kepada Iran supaya keganasan di rantau Timur Tengah dihentikan segera. Semua pihak harus menegakkan prinsip keadilan dan keamanan bagi mengelak kegawatan di Timur Tengah berterusan.

Mohamad Bin Sabu
Presiden Amanah
28 Februari, 2026

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.