https://critoxium.com/shop/

Terkini

Bila org Melayu lebih percaya pakar Ekonomi Tik Tok, Pakar Ekonomi DiKecam Kerana Benci PMX


Oleh Norman Radzuan

Mengejutkan hasil kajian dilakukan team saya, apabila Menteri Kewangan 2, Tengku Zafrul yg keduanya merupakan tokoh teknokrat bila pertahankan tindakan Anwar Ibrahim… mereka dikecam seolah kedua individu ini Tok Siak kampung bicara soal ekonomi.

Begitu juga apabila Zainal Rashid, Faiz Ahmad dan Ahmad Faezal yg merupakan non partisan, mereka juga diserang dgn maki hamun kerana setuju langkah diambil Anwar Ibrahim.

Kesemua nama2 disebutkan mereka bicara berdasarkan ilmu. Bukan kerana siapa kerajaan siapa pembangkang.

Jika pencinta pembangkang maki di wall saya, tidak mengapa kerana saya bukan pakar sekadar menulis berdasarkan maklumat dan pembacaan. Tapi bila mereka yg pakar berkata kata kenapa makian diterima?

Sekarang kata siapa yg mahu mereka dgr? Kata Tuan Ibrahim Tuan Man yg mendakwa motor pakai minyak diesel.

Atau nak dgr kata Sanusi yg kata AI bermaksud ‘kepandaian tiruan’??? Lebih mengejutkan pujian sebakul diberikan kpd Pok Teh yg bicara soal minyak memaki kerajaan.

Jika Tuan Ibrahim, Pok Teh, Papa Gomo dan ‘Amoi MCA’ itu dijadikan rujukan… Malaysia akan alami zaman kegelapan sepertimana berlaku zaman kegelapan Eropah dahulu.

Saya sgt suka dgn sinis Zainal Rashid, “ Jangan biarkan bodoh membiak dan Bodoh itu sentiasa memerlukan ruang yg besar.”

Betul kata komedian kritis Amerika, George Carlin, “Never underestimate the power of stupid people in a large group” … bila mereka bersatu segala yg betul menjadi salah malah diberikan makian.

Utk saya tidak menghairankan, jika Ulama besar Yusuf Qardawi tidak bersetuju tindakan Hadi ke Iran, Allahyarham disanggah, apatah lagi kita yg dianggap tidak layak ke syurga.

Tidak mengapa tugas saya, kamu atau kita semua sebagai berprinsip dgn ideologi yg tidak menunggang agama, tidak rasis atau fitnah utk sentimen… mari bersama saya, ‘TUGAS KITA MENDIDIK PENGUNDI, TUGAS PEMBANGKANG MEMPERBODOHKAN PENGUNDI’.

Walaupun tugas mendidik itu selalunya tidak populis tetapi utk jangka panjang ia baik utk negara dan baik utk melahirkan masyarakat yg berilmu berfikiran waras.

Jika mahu populis, iaitu memperbodohkan rakyat seperti keluarkan wang KWSP rakyat utk mereka suka bagi meraih undi, maka akn muncul golongan manusia dikala dunia catukan penggunaan minyak dan kerajaan mahu jimatkan subsidi…golongan ini beramai ramai berkonvoi menghabiskan subsidi kerajaan… Tanya mereka apa kebaikkan konvoi tersebut di kala dunia sdg panik???

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.