Rafizi Si Tahi Lalat, Hidup Dalam PKR
Oleh Mohd Sayuti Omar
Ada pihak tertentu dalam PKR tidak senang dengan Rafizi Ramli kerana ulah bekas timbalan presiden itu yang dikira boleh jejaskan perpaduan dan keutuhan parti.
Ada yang gesa agar dia dipecat dari PKR. Rafizi sendiri walaupun tahu dia sudah tidak punya masa depan dalam parti itu selagi ia dipimpin Anwar Ibrahim, seperti sengaja mahu menyusahkan PKR terus berleter dan merenget siang malam.
Kekalahannya dalam pemilihan parti benar benar tidak dapat diterima. Sebagai balasannya dia menyerang parti, (sebenarnya) menyerang Anwar, dia mahu ganggu Anwar. Rafizi kini seakan mewarisi perangai Melayu, sedang mengamok.
Sedikit tidak baik menyerang Anwar ketika dia disanjung rakyat umum sebagai PM, menyebabkan tindakan Rafizi itu backfire buatnya.
Sekiranya Rafizi masih ingin berpolitik menerusi PKR, beliau patut menahan diri sekejap menarik nafas menyusun strategi untuk lawan Anwar sebagai presiden mengikut perlembagaan.
Jika dia konfiden diterima ahli, dia boleh menang. Cara itu lebih gentleman dan berprinsip serta disukai ramai. Dan bila sudah jadi presiden tunjuklah kehandalan anda yang sebenar.
Keberadaan Rafizi dalam parti sekarang ini macam kewujudan tahi lalat hidup “nevus”yang terletak di tempat tak wajar ditubuh atau muka seseorang.
Tahi lalat itu cantik dan boleh tambah memaniskan wajah seseorang jika sesuai, tetapi jadi sebaliknya, apabila keberadaannya ditempat tak wajar ia boleh mencacat atau menganggu. Kadang kadang kalau diganggunya ia merebak jadi kanser.
Sebab itu PKR sukar untuk membuangnya. PKR kena banyak bersabar, saran saya biarlah Rafizi dijadikan rumah lama yang dibiarkan lama lama ia runtuh sendiri.
Tahi lalat hidup (nevus) itu akan hilang apabila tuan empuanya tiada. Trims.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.