Satu Semakan Terhadap Ikrar Menjalankan Tugas
Oleh DATUK HASANUDDIN MOHD YUNUS
Saya cuba mencari dan nak faham apa isi kandungan yang dilafazkan oleh setiap Exco Negeri Sembilan, ketika mengangkat sumpah.
Betulkah mereka didakwa dan dituduh Mungkir Sumpah Jawatan?
Akhirnya terjumpa dengan bantuan Gemini.
Diperturunkan “Sumpah Ikrar Jawatan (Taat Setia)”.
🌺 "Bahawa saya, [Nama Ahli EXCO], yang telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus, dengan sesungguhnya dan sebenarnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan jujur dan setia menjalankan kewajipan-kewajipan saya sebagai seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dengan sebaik-baik kebolehan saya, dan bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar-benarnya kepada DULI YANG MAHA MULIA YANG DI-PERTUAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS dan UNDANG YANG EMPAT serta TUNKU BESAR TAMPIN, dan bahawa saya akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959”. Nota: Lafaz sumpah ini termaktub di bawah Jadual Ketiga (Perkara 19 dan 31) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
🌺 Sama ada, ada kaitan atau tiada sebarang kaitan; umat Islam diingatkan tentang beberapa ayat al-Quran berkaitan dengan janji.
🌹
وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ ۖ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولًا "Dan sempurnakanlah janji (kerana) sesungguhnya janji itu akan ditanya (dipertanggungjawabkan di akhirat)” (al-Isra’: 34)
🌹
وَأَوْفُوا بِعَهْدِ اللَّهِ إِذَا عَاهَدتُّمْ وَلَا تَنقُضُوا الْأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَا وَقَدْ جَعَلْتُمُ اللَّهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلًا ۚ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ "Dan tepatilah janji Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat” (an-Nahl: 91)
🌺 Saya juga mencari senarai nama YTM Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin yang lama dan yang terkini. Kami sekeluarga mendoakan mereka.
🌹 Kami tidak sempat berkenalan dengan Pembesar-Pembesar Negeri Sembilan melainkan dengan Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri.
YTM Tunku Besar Tampin mempunyai keturuan yang sama dengan isteri saya; Datin Syarifah Mahiza Syed Abd Kadir Al-Qadri.
Alhamdulillah sejak bernikah, saya kerap makan durian bersama sanak saudara belah isteri saya di Bukit Rasah, Negeri Sembilan.
🌹 Ayuh terus mendoakan semua yang terlibat di Negeri Sembilan terutama buat DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
#MalaysiaMADANI
#QuranSunnahHikmahUlama’
#RajaDijulangRakyatDitatang
#KhadamDuniaPersilatanMelayu
ISLAM SUBUR DAN MEKAR DI MALAYSIA
DATUK HASANUDDIN MOHD YUNUS




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.