Pas Ghairah Mahu Berkuasa DI Putrajaya, Sedangkan Perikatan Nasional (Pn) Pun Di Haramkan
1.Pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 20 Oktober 2026 merupakan tamparan besar kepada gabungan yang mahu mendapatkan mandat rakyat untuk memerintah negara. Walaupun PN sedang mencabar keputusan itu melalui saluran undang-undang, krisis ini tetap menimbulkan persoalan serius tentang keupayaan kepimpinannya.
2.PAS jangan terlalu ghairah menjual mimpi untuk memerintah Malaysia sedangkan krisis Perikatan Nasional (PN) yang di terajui PAS sendiri menimbulkan persoalan besar tentang kemampuan kepimpinannya sehingga PN di HARAMKAN.
Nak jadi nakhoda negara, tetapi kapal sendiri terumbang-ambing. Nak meminta kepercayaan rakyat, tetapi kepercayaan dalam gabungan sendiri pun menjadi persoalan. Di manakah bukti kemampuan memimpin yang begitu dibanggakan?.
3.PAS perlu menjawab kepada rakyat, jika kepercayaan sesama rakan politik pun sukar dipelihara, atas asas apa rakyat harus yakin bahawa PAS mampu mengurus sebuah negara yang jauh lebih kompleks?.
4.PAS perlu faham, menjadi parti yang mempunyai banyak kerusi tidak bermakna automatik menjadi parti yang paling layak memimpin. Banyak kerusi boleh membesarkan cita-cita, tetapi tidak semestinya membesarkan kebijaksanaan.
5.Lebih malang, apabila politik berdepan masalah,PAS akan memainkan sentimen politik identiti (agama dan kaum) sebagai modal untuk mengukuhkan sokongan. Namun, sentimen tidak mampu membaiki hubungan yang retak, slogan tidak mampu menyelesaikan pertikaian, dan retorik tidak mampu menggantikan kecekapan.
Jangan gunakan politik identiti sebagai alat solek untuk menutup kelemahan kepimpinan.Jangan guna agama sebagai payung untuk berlindung dari hujan kritikan terhadap kegagalan PAS. Rakyat mahu penyelesaian, bukan sekadar persembahan politik.
6.PAS juga perlu berhenti menganggap dirinya sentiasa layak menjadi pemimpin hanya kerana memiliki kekuatan pilihan raya. Memimpin gabungan memerlukan kebijaksanaan berkongsi kuasa, menghormati rakan dan membina kepercayaan.
7.Jangan minta rakyat menyerahkan kunci negara kepada PAS hanya kerana PAS mahu berkuasa. Buktikan dahulu bahawa PAS mampu menjaga amanah, memelihara kepercayaan dan mengurus rakan sendiri. Negara bukan tempat untuk belajar mengemudi setelah kapal mula karam.
PAS jangan sibuk mahu memandu Malaysia di Putrajaya jika stereng PN sendiri pun gagal dikawal dengan meyakinkan hingga akhirnya masuk gaung.(PN DI HARAMKAN)
MAHFUZ OMAR
NAIB PRESIDEN
PARTI AMANAH NEGARA
SELASA 15.00PM 20 OKT 2026
POKOK SENA
KEDAH DARULAMAN




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.