https://critoxium.com/shop/

Terkini

Lebih 400 kes baharu Covid-19 di Singapura

SINGAPURA: Singapura mengesahkan 481 lagi kes jangkitan baharu Covid-19 di republik itu, dengan majoriti daripadanya masih pekerja asing yang tinggal di asrama.

Dengan perangkaan terbaharu ini, jumlah kumulatif mereka yang dijangkiti mencecah 50,369 kes.
Dalam data setakat 12 tengah hari semalam, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata berdasarkan siasatannya setakat ini, ada 5 kes dalam komuniti, semuanya pemegang pas kerja.

MOH juga berkata terdapat 5 kes import, yang diserahkan notis duduk di rumah sebaik sahaja tiba di Singapura.
Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat kelmarin, Singapura mengklasifikasikan 667 sebagai kes import, 2,160 kes komuniti dan 47,061 penghuni asrama.

Setakat tengah hari kelmarin, 45,352 atau kira-kira 91% daripada jumlah keseluruhan kes sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan didiscaj daripada hospital dan pusat penjagaan komuniti.

Terdapat 148 kes disahkan masih lagi di hospital, kebanyakan mereka dalam keadaan stabil atau beransur pulih dan tiada yang ditempatkan dalam unit rawatan rapi.

Sejumlah 4,361 pesakit bergejala atau yang disahkan secara klinikal sihat tetapi masih lagi didapati positif dalam saringan Covid-19 diasingkan dan dijaga di pusat penjagaan komuniti.

Setakat ini, 27 orang meninggal dunia daripada kesan komplikasi Covid-19.

Hanya 1 kluster baharu dikenal pasti kelmarin, sebuah asrama di 12 Defu Lane 7.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.