https://critoxium.com/shop/

Terkini

Lanjutan moratorium bakal dibincangkan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR: Isu lanjutan tempoh moratorium kewangan bagi membantu perniagaan dan individu terjejas akibat pandemik Covid-19 antara perkara yang bakal dibincangkan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat, Lim Guan Eng (PH-Bagan) dijadual mengemukakan soalan kepada menteri kewangan mengenai sama ada moratorium kewangan oleh bank-bank yang akan berakhir 30 Sept depan akan dilanjutkan 6 bulan lagi.

Bekas menteri kewangan itu juga mahu tahu bantuan yang akan diberikan kepada peniaga dan individu untuk pinjaman perumahan, kad kredit, dan kenderaan sekiranya moratorium tidak dilanjutkan.
Selain itu, Yamani Hafez Musa (PN-Sipitang) pula dijangka bertanyakan menteri pelancongan, seni dan budaya mengenai sambutan pengusaha pelancongan dan rakyat terhadap galakan kerajaan mempromosi kempen melancong dalam negeri pasca Covid-19.

Sidang dewan yang memasuki hari ke-9 hari ini juga bakal menyambung perbahasan usul menjunjung titah Agong.

Tumpuan juga dijangka terarah kepada pembentangan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 bagi bacaan kali pertama.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong dilaporkan berkata pindaan Akta Pengangkutan Jalan akan membabitkan Seksyen 41 hingga 45 yang berkaitan kesalahan memandu bawah pengaruh alkohol, dadah, dan memandu secara melulu untuk membolehkan hukuman lebih berat dikenakan.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.