https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kenapa PRU bukan di waktu terdekat

Oleh ABDULLAH FIKRI

Tak semena-mena, tiba-tiba banyak pula tersebar berita pilihanraya akan diadakan dan parlimen akan dibubarkan. Sudah ramai hulubalang Umno menyuarakan pandangan disambut pula ulama Pas atas keyakinan Muafakat Nasioanal.

Mereka terus mendesak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin mengadakan pilihanraya segera. Bahkan mesyuarat pembahagian kerusi kelihatan kerap dilaksanakan seolah-olah sudah selesai segalanya.
Tetapi, benarkah PRU akan diadakan hujung tahun ini?
Pada hemat saya, PRU tidak akan dilaksanakan pada waktu terdekat ini. PN akan teruskan pemerintahan ini sehingga habis penggal sekurang-kurangnya pada tahun 2022.
Kenapa saya merasakan begitu? Sifirya mudah, orang nombor 1 negara dan nombor 2 masih tidak mampu menyelesaikan konflik dalaman parti sendiri. Tan Sri Muhyiddin masih terkial-kial untuk mengukuhkan Bersatu.

Bersatu dilihat lemah, tidak mampu bersaing dengan Umno yang kembali berkuasa. Dengan berjayanya penukaran Speaker Dewan Rakyat, secara tidak lansung menunjukkan bahawa Tan Sri Muhyiddin mempunyai keabsahan untuk terus menerajui kerajaan ketika ini.

Walaupun dengan majoriti yang sangat tipis, saya yakin Tan Sri Muhyiddin akan terus berusaha keras untuk mengekalkan posisi yang ada selama mungkin.

Orang no. 2 negara walaupun tiada pengumuman rasmi berkenaan jawatan timbalan perdana menteri, tetapi jelas Mohamed Azmin Ali ditunjuk sebagai pemegang takhta putra mahkota selepas Tan Sri Muhyiddin.
Sudah sekitar 5 bulan kerajaan PN ditubuhkan, nampaknya team Azmin masih tidak diberi peluang untuk masuk ke dalam Perikatan Nasional dengan selesa.
Isyarat ini jelas apabila cadangan Zuraidah Kamarudin untuk mengadakan Pilihanraya PBT ditolak mentah-mentah oleh Umno Pas dan GPS. Tiada langsung pembelaan yang dibuat, bahkan tiada celahan pun dibuat bagi membela idea tersebut. Jika secara terbuka pun sudah terang-terangan menolak, apatah lagi secara tertutup.

Dalam PRK Chini lepas, secara nyata cukup sekadar Muafakat Nasional (MN) untuk menang selesa tidak perlukan lansung kelibat team Azmin.

Dengan keadaan semasa yang tidak memihak kepada team Azmin saya juga yakin bahawa Azmin akan bermatian untuk pertahankan kerajaan PN sehingga habis penggal.

Tetapi kita tahu bahawa Azmin sangat licik dan pandai muslihat politik. Pada jangkaan saya, Azmin akan memastikan bahawa pasukannya akan masuk ke dalam parti komponen di bawah Barisan Nasional (BN).

Azmin tidak berani untuk menubuhkan parti baru bahkan hanya mampu menubuhkan NGO penggerak untuk memayungi penyokongnya.

Pada saat-saat akhir nanti saya jangka Azmin akan masuk Parti Gerakan atau mana-mana parti yang menyokong BN dan bertanding di bawah tiket Barisan Nasional.

Sama-sama kita nantikan episod baru dalam politik Negara kita.

Saya akhiri dengan satu soalan: Selain Azmin Ali, siapakah ahli politik yang dibenci oleh rakyat Malaysia? Jika Wan Fayhsal berikan satu sebab.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.