Anwar dikejarkan ke hospital kerana tekanan darah tidak stabil
PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim
dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur hari ini kerana tekanan darah tidak
stabil, semasa menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh.
Menurut anaknya, Anwar dimasukkan ke hospital 2 petang tadi. “Tekanan darah tinggi tidak menentu,” kata Nurul Izzah
Menurut Izzah, Anwar juga perlukan rawatan fisioterapi untuk kecederaan lama di bahu.
Perkembangan ini merupakan kali kedua beliau dimasukkan ke HKL untuk rawatan tekanan darah tinggi pada 9 Mei tahun lepas, dan otot bahu terkoyak pada 8 Julai 2015.
“Anwar masih bersemangat untuk selamatkan Malaysia,” kata Izzah, yang juga naib presiden PKR.
Anwar sedang menjalani hukumannya di Penjara Sungai Buloh selepas disabitkan kesalahan liwat.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.