Banjir Pulau Pinang salah kerajaan pusat?
Oleh Edwin Michael
Falsafah politik Ketua Menteri Lim Guan Eng, ‘tiada hujan, tiada banjir’ kali ini nampak gayanya gagal meyakinkan rakyat Pulau Pinang apabila rata-rata pengguna sosial media mengkritik kerajaan negeri DAP ini. Banjir kali ini adalah bukti kepada kegagalan kerajaan negeri dalam membangunkan negeri Pulau Pinang secara mapan.
Benarkah banjir di Pulau Pinang ini salah kerajaan persekutuan Barisan Nasional kerana tidak memberikan peruntukkan mencukupi bagi menjalankan projek mitigasi banjir? Lihat fakta berikut dan anda rumuskan sendiri!
Pelik bukan? Apapun. DAP menang, rakyat Pulau Pinang berenang!
Edwin Michael adalah pensyarah sains politik dan kewartawanan di Universiti Tunku Abdul Rahman, Perak

- Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng ini memiliki keupayaan untuk membayar RM6.34 bilion untuk projek terowong dasar laut yang tidak mendapat sokongan daripada rakyat Pulau Pinang itu sendiri.
- Membayar RM305 juta hanya untuk penyediaan laporan kajian projek terowong dasar laut.
- Memperuntukkan RM7.5 bilion untuk membina 19.5 kilometer lebuh raya dengan kos anggaran RM385 juta per kilometer.
- RM400 juta untuk pembinaan jalan 8 lorong di Gurney Drive
- Lebih kurang RM300 juta untuk projek Gurney Wharf Park
- RM46 bilion untuk projek pengangkutan Pulau Pinang yang dilaksanakan melalui pinjaman dengan negara China. NGO Penang Forum yang mewakili hampir 40 NGO di Pulau Pinang berpendapat bahawa projek ini terlalu tinggi kosnya dan berkemungkinan untuk negeri Pulau Pinang muflis juga tidak boleh dinafikan
- Dianggarkan kerajaan negeri pimpinan DAP ini telah menjual RM12 bilion tanah dan asset negeri yang dikatakan untuk menampung kos perbelanjaan operasi negeri yang meningkat hampir 500% daripada RM283 juta pada tahun 2008 kepada RM1.45 bilion pada tahun 2017
Pelik bukan? Apapun. DAP menang, rakyat Pulau Pinang berenang!
Edwin Michael adalah pensyarah sains politik dan kewartawanan di Universiti Tunku Abdul Rahman, Perak

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.