https://critoxium.com/shop/

Terkini

Teguran buat rakyat Malaysia

HIKMAH besar isu Kebakaran Pusat Pengajian Tahfiz tersebut, membuka minda masyarakat tentang kepentingan kerjasama antara kerajaan dan orang awam!

Saya bekas penuntut madrasah di beberapa buah Tahfiz, jadi mewakili pelajar madrasah anda tahu bagaimana kami ‘survival’ untuk mem’prasarana’kan tempat pengajian sendiri? tidak seperti universiti, kolej penuh dengan kelengkapan mewah dan stabil.

Ada madrasah tu, sampai ternak haiwan peliharaan untuk dijadikan sumber pendapatan kerana Ibu bapa tidak mampu bayar yuran anak-anak. Tanam sayursayuran sendiri untuk di makan, kacau simen sendiri untuk bangunkan bangunan pengajian dan asrama.

Ustaz atau Mudir (pengetua) mampu ungkapkan, “demi melihat agama Allah dan al- Quran dipelajari oleh muridmurid tahfiz ini.”

Anda dan kerajaan? Hanya mampu memuji “sedapnya suara ‘budak tahfiz’ tu imam tarawih”… Tapi pernahkah kita tahu bagaimana kehidupan mereka demi habiskan 30 Juz hafalan Quran dan kitab pengajian? Anda pernah lihat tabungtabung kotak berwarna putih tertera, “Tabung membaikpulih Madrasah Tahfiz dot dot dot” dikaunter pembayaran kedai runcit, restoran, pam minyak, kaki lima bank dan sebagainya?

Anda pernah lihat pusat pengajian berbentuk moden seperti universiti atau kolej punyai tabung, “Sumbangan untuk prasana universiti dot dot dot.”?

Memang tak dinafikan kerajaan dan orang ramai ada membantu, tapi mohon lebih peka pada institusi Tahfiz ini walaupun mereka kelihatan agak ‘kuno’ dan tidak bersijil MQA bagai..

Kadang-kadang madrasah hanya memohon RM1 juta tetapi ambil masa bertahun untuk dikumpulkan, itu pun dari usawahan dan jutawan dermawan. Nak harapkan masyarakat awam bukan semua mampu dan punyai kesedaran mengenai institusi sebuah Tahfiz ini. Kerajaan? Wallahualam berapa juta bajet untuk mereka ini!

Jadi, moga-moga ada hikmah ini membuka minda kita semua untuk komited dengan madrasah-madrasah seperti Tahfiz, Pondok dan sebagainya lagi..

Insya-Allahu Taala. Doakan saya jua moga suatu hari nanti boleh membuka Madrasah sendiri dengan usaha titik peluh berniaga walau tanpa harapankan bantuan kerajaan dan orang awam! Ini impian saya ketika sedang menuntut ilmu di madrasah Tahfiz Al-Quran satu masa dulu..

“Adik syurga ku, Allah dengan rahmat-Nya bersama mu dan ahli keluarga mu sentiasa. Tahniah memilih jalan menghafal al- Quran untuk mendekatkan diri mu pada Tuhan mu! Kini kamu telah syahid dengan al-Quran di dada mu wahai adik-adik ku!”







Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.