Yakin menangi Kedah walaupun bersendiri
Oleh Sarina Ismal
ALOR SETAR: Terbukti dalam lipatan sejarah, PAS
tidak pernah kehilangan kerusi di Dun Kedah sejak tahun 1969, cuma
berbeza jumlah kerusi yang dimenangi antara penggal ke penggal.
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah, Ustaz Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh
Fakhrurazi membidas pandangan musuh politik PAS yang mempertikaikan
keupayaan parti itu untuk memenangi mana-mana Dun mahu pun Parlimen
secara sendirian.
"PAS sudah bertapak di Kedah selama 65 tahun dan Cawangan
pertamanya di Bukit Besar ditubuhkan pada tahun 1952. Pertambahan
Cawangan PAS berterusan sehinggalah pada April 1976, tertubuh pula Badan
Perhubungan PAS Kedah," terang beliau.
Berikutan itu terangnya, kekuatan PAS sehingga kini dipayungi
komitmen ahli yang sentiasa berusaha memperbanyakkan cawangan dan
keahlian, disamping memperteguhkan kefahaman menerusi program tarbiyah
dan lain-lain.
Selain itu menurut beliau, penglibatan golongan muda yang secara
tidak langsung dapat berganding bahu bersama tenaga lama yang
berpengalaman membuatkan PAS lebih kental mengharungi gelombang politik
negara.
"PAS tidak jemu berhadapan dengan Umno setiap kali pilihan raya walaupun pernah bersama pada pilihan raya pada tahun 1978 lalu.
"Kelainan prinsip perjuangan antara PAS dan Umno menjadi pemisah
yang nyata dan PAS komited untuk menumbangkan Umno-BN dan meletakkan
Islam sebagai dasar sejajar dengan prinsip PAS, " jelasnya lagi.
Sehubungan itu, tegas Dr Fakhruddin, PAS Kedah bertekad untuk
meyakinkan rakyat bahawa pihaknya bersedia memikul tanggungjawab
menggantikan kepimpinan Umno-BN yang menerajui Kedah sekarang ini.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.