https://critoxium.com/shop/

Terkini

Zionis Israel siap sedia perangi Hizbullah

SALAH satu misi utama Condoleezza Rice, setiausaha negara Amerika Syarikat semasa pen- tadbiran George W Bush ialah menyatukan dunia Arab bersama Israel untuk terus memerangi Hizbullah, sebagai satu langkah mencantas pengaruh Iran di Syam, bersempadan Israel.

Beliau dalam satu ucapan dalam misi itu pada 2006 menegaskan bahawa Hizbullah perlu dihapuskan, dan hasilnya akan mencetuskan Asia Barat ba haru, yang bermaksud Asia Barat baharu yang lebih menepati kepentingan musuh- musuh Islam.

Masa itu, pada Julai 2006, Israel sedang memerangi Hizbullah di selatan Lubnan, dan sekutu termasuk AS memberi sokongan kepada Israel dan berharap Lubnan akan bebas daripada pengaruh pakatan Iran-Syria-Hizbullah.

Rancangan melukis peta baharu dunia Islam Asia Barat dan Afrika Utara ini muncul di AS daripada kalangan pemimpin dan pemikir ketenteraan dan dasar luar, yang salah satu matlamat utamanya ialah memastikan dunia Islam terus berpecah menurut garis etnik, mazhab dan politik, yang bermakna mengukuhkan kedudukan musuh utama Islam, Zionis Israel.

Beberapa versi pemetaan baharu itu dihasil kan, tetapi secara umumnya semua memisahkan negara Islam dan mewujudkan negara baharu berdasarkan etnik dan mazhab, dengan sempadannya merentasi negara sedia ada.

Pada masa ini, perancangan peta baharu itu sedang dilaksanakan, yang dapat disaksikan ialah Kurdistan Iraq yang sedang berusaha memisahkan diri daripada Iraq, mem bentuk sebuah negara yang disokong Israel.

Di bawah pemerintahan Presiden Donald Trump di AS, rancangan menyatukan Arab untuk meng- hapuskan pakatan Iran dan mengukuhkan Israel ini dilakukan sekali lagi.

Tidak lama selepas memegang pemerintahan AS, Trump mengajak negara- negara Arab bersatu dalam satu pakatan ketenteraan dengan Israel, mensasarkan Iran yang sedang mengukuhkan pengaruh ekoran kesan kebangkitan Arab.

Zionis Israel siap sedia perangi Hizbullah Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu dan se kutu kuat Saudi yang lain sejak beberapa tahun kebelakangan ini semakin bimbang terhadap pengaruh Iran, akibat perang Syria yang akhirnya menyaksikan proksi-proksi anti- Iran tewas.

Akibat perang Syria, Iran akhirnya lebih kuat berusaha mengukuhkan pengaruh di negara Syam itu dan Rusia turut sama meletakkan kuasa tenteranya, pada masa sama Turki yang sebelum ini mahu menjatuhkan Bashar al-Assad berpaling dan merapat kepada Rusia.
https://susukunyitplus.blogspot.my/

Israel yang mahu melihat pangkalan proksi Iran di Syria musnah kini berhadapan dengan pengaruh Iran yang lebih kuat di Syria akibat rancangan menjatuhkan Bashar gagal.

Cadangan Trump ini nampaknya diterima apabila Adel al-Jubeir, menteri luar Saudi mengatakan Iran ialah ancaman kerana menjadi pendana terorisme antarabangsa.

Banyak yang berlaku sejak itu, termasuk krisis diplomatik Qatar dan usaha Saudi untuk memulihkan hubungan dengan Iraq bagi mengimbangi pengaruh Iran di negara itu.

Di pihak Israel, persediaan untuk berperang dengan Hizbullah semakin ditingkatkan. Mereka ber- harap perang kali ini akan menghapuskan Hizbullah dan hab pengaruh Iran di Syam itu.

Sekiranya perang antara Israel dengan Hizbullah berulang, kesannya akan jauh lebih besar, dan di- jangka melibatkan pe ranan aktif negara-negara Arab yang semakin berhubungan baik dengan Israel dan berkongsi agenda me- merangi Iran.

Perdana Menteri Zionis, Benjamin Netanyahu telah beberapa kali bercakap tentang ancaman Hizbullah, pada masa sama memberi amaran tentang pengaruh Iran.

Pihak Israel juga mem- perbesarkan perluasan pengaruh dan agenda Iran di rantau Asia Barat, ter masuk menguasai Yaman dan merancang menubuhkan pangkalan tentera di Syria.

Kedua-dua pihak telah meningk atkan kemampuan ketenteraan masing- masing sebagai persediaan untuk perang yang dijangka akan memberi kesan sangat besar kepada seluruh Asia Barat.

 Beberapa minggu lalu, pada awal bulan September, Israel mengadakan latihan tentera besar-besaran, terbesar dalam tempoh 20 tahun melibatkan 30,000 orang tentera. Latihan itu ialah satu simulasi berdepan Hizbullah, menunjukkan persediaan lebih rapi Israel untuk berperang sekali lagi dengan kumpulan ber senjata Lubnan itu.

Hizbullah pula didakwa telah menempatkan 10,000 orang pejuang di Syria se- bagai persediaan berhadap- an dengan Israel.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.