Bajet 'Panadol Actifast' - Adun Cukai
Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun
Razak umpama 'Panadol Actifast' yang menghilangkan sakit hanya seketika.
Hanafiah yang juga Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman
menzahirkan rasa simpati kepada rakyat atas cabaran bakal dihadapi kesan
bajet tersebut.
Adun Cukai, Hanafiah Mat dalam reaksinya semalam berkata, bagaimanapun bajet itu menyebabkan rakyat merana sepanjang tahun.
"Tak ubah seperti seorang tok bomoh yang merubat pesakit. Segala
penyangkal, kudis gatal, dari laut pulang ke laut, ambillah dikau
secebis bungkusan buat hari esok.
"Tok Batin dan Ketua Kampung dipuja diberi imbuhan. Namun, rakyat
jelata ditekan dengan kenaikan kos kehidupan yang melampau. Harga minyak
saban minggu naik.
"Bayaran bonus yang menjadi impian penjawat awam hanyalah gincu
merah menyala dibibir gadis, terkena air pudarlah ia," ujar beliau.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.