https://critoxium.com/shop/

Terkini

PAS Kedah : Sekampit Beras Untuk Rakyat , Jika Menang PRU 14

KOTA SARANG SEMUT, 30 Okt ― PAS Kedah berjanji akan memberi sekampit beras kepada rakyat di negeri itu jika menguasai semula negeri Jepalang Padi itu.

Pemberian tersebut antara tiga janji yang diumumkan Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhrurazi  di sini, kelmarin, lapor Sinar Harian.

Katanya, pengagihan tersebut berdasarkan pengalaman berbuat demikian kepada penoreh getah di Sik, Baling dan Padang Terap dua tahun lalu ketika kejatuhan harga getah.

“Hasil pengalaman tersebut, PAS negeri ingin menawarkan pada pilihan raya umum akan datang ini, sekampit sejahtera bagi mereka yeng berkelayakan,” katanya.

Dua lagi tawaran, katanya, ialah meneruskan semula program Kem Pembangunan Insan mengikut tiga peringkat umur sehingga individu itu berusia lebih 17 tahun.

Katanya, PAS Kedah juga akan menerus semula Skim Kafala yang diperkenalkan bawah Tan Sri Azizan Razak ketika menjadi menteri besar.

“Insya-Allah jika diizinkan Allah, dan diberi mandat oleh rakyat, kita cuba menawarkan kenaikan pada skim berkenaan dari RM500 kepada RM750,” katanya.
https://susukunyitplus.blogspot.my/

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.