PETANI, nelayan, pekerja kilang dan penjawat awam gred rendah antara
mereka yang meraih paling banyak tumpuan dalam Bajet 2018- yang terakhir
sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
Sejak kajian menunjukkan isu ekonomi seperti kos sara hidup tinggi
dan kelembapan peningkatan upah adalah antara kebimbangan pengundi,
Bajet 2018 yang akan diumumkan pada 27 Oktober depan akan diselaraskan
untuk mengatasi masalah ini, kata ahli ekonomi
Dan memandangkan keperitan peningkatan harga makanan dan perkhidmatan
akan memberi kesan terburuk kepada kelompok terbawah 40% rakyat
Malaysia, mereka menjangkakan lebih banyak bantuan akan diumumkan
menerusi bajet itu, kata ahli ekonomi.
“Perkara yang akan menjadi keutamaan adalah menangani peningkatan kos
sara hidup yang perlu ditangani dengan langkah seperti pemberian
bantuan yang lebih besar di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),” kata
Prof Yeah Kim Leng dari Fakulti Perniagaan Sunway University.
“(Juga) lebih banyak program subsidi tersasar untuk kumpulan tidak
bernasib baik khusus seperti keluarga ibu atau bapa tunggal, warga emas
dan kumpulan miskin bandar dan luar bandar.”
Tetapi kumpulan pendapatan pertengahan juga tidak akan dibiarkan.
Ahli ekonomi, Lee Heng Guie berkata kerajaan boleh mengumumkan
pengurangan cukai persendirian atau meningkatkan rebat perbelanjaan
perubatan.
“Pengurangan cukai persendirian bertujuan meningkatkan pendapatan
boleh belaja pekerja dan isi rumah, dan meningkatkan kuasa belian
pembeli,” kata Lee, pengarah eksekutif Socio Economic Research Centre
(SERC).
Penganalisis politik, Hisomuddin Bakar berkata bajet itu adalah
peluang untuk memujuk rakyat mengapa kerajaan pemerintah Barisan
Nasional berhak diberikan satu lagi penggal untuk mentadbir.
Bajet itu akan dibentangkan pada hujung Oktober, dan spekulasi
mengenai pilihan raya mengatakan ia boleh diadakan pada suku pertama
tahun depan, kurang enam bulan lagi.
“Menjelang pilihan raya, BN memerlukan sesuatu yang boleh membentuk
faktor ‘wow’ seterusnya memenuhi imaginasi pengundi. Salah satu perkara
yang boleh melakukannya adalah bajet,” kata Hismouddin dari Ilham
Centre.
Bertumbuh tapi tak melegakan
Tahun ini, ekonomi negara bertumbuh pada kadar lebih kukuh selepas
berlaku kelembapan sejak dua tahun lepas, kata Lee, didorong oleh
perbelanjaan pengguna, pengembalian pelaburan swasta dan lonjakan
eksport.
“Pertumbuhan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) sebenar terus
berkembang kukuh pada kadar 5.7% tahun-demi-tahun untuk separuh pertama
2017.”
Tetapi pengguna masih tidak merasakan kesan positif berita baik itu.
The Malaysian Insight pernah melaporkan isu kos sara hidup yang
dipenuhi kisah bagaimana barangan menjadi sukar dibeli dan dimiliki.
Situasi ini wujud walaupun hakikatnya, Indeks Harga Pengguna (CPI)
yang mengukur kadar inflasi jatuh kepada 3.7% (Ogos) berbanding 5.1%
pada Mac.
“Sama ada ia adalah mitos atau persepsi, isi rumah tidak menyakini
yang harga barangan dan perkhidmatan berada pada kadar mampu milik,”
kata Lee.
Tinjauan
pada perayaan Deepavali mendedahkan yang ramai rakyat yang meraikan
terpaksa berjimat cermat untuk perayaan itu dan ini mengurangkan
pendapatan peniaga.
Satu lagi kajian menunjukkan sembilan daripada 10 rakyat Malaysia
yang tinggal di kawasan bandar seperti Lembah Klang, Johor Baru dan
George Town menjangkakan peningkatan kos sara hidup dalam 10 tahun
mendatang.
Pada 2015, kajian Bank Negara mendapati yang tiga daripada empat rakyat Malaysia tidak mampu mengeluarkan bajet RM1,000 sekiranya diperlukan semasa kecemasan.
Kajian itu senada dengan kajian awal dilakukan mendapati penjawat awam gred rendah tidak mampu membuat simpanan setiap bulan selepas berbelanja untuk keluarga mereka.
Dan walaupun, Malaysia menyaksikan peningkatan median bulanan pendapatan isi rumah, serakan pendapatan tidak sekata boleh memberi kesan kepada kumpulan pendapatan rendah, kata ahli ekonomi Hafiz Noor Shams.
Mekanisma sedia ada
Walaupun pentadbiran Najib dijangka memperuntukkan sebagaian besar
bajet bagi menangani kebimbangan ini, ahli ekonomi Dr Rajah Rasiah
memberi amaran yang kerajaan tidak mampu mempunyai keupayaan untuk
berbelanja.
“Harga minyak dan gas masih tidak kembali kepada harga 2008-10.
Dengan pendapatan eksport yang kurang ia mungkin sukar untuk mengumumkan
bajet besar kerana hutang awam yang tinggi,” kata Rajah, yang merupakan
profesor pembangunan antarabangsa di Universiti Malaya (UM).
Jadi daripada mengumumkan langkah baru, kerajaan berkemungkinan besar meningkatkan peruntukan sedia ada, kata Rajah.
Langkah ini termasuk BR1M yang dijangka dibayar kepada tujuh juta isi rumah dan penerima bantuan itu.
Lee dari SERC berkata isi rumah yang memperolehi bawah RM3,000 akan
menyaksikan BR1M mereka ditingkatkan daripada RM100 kepada RM1,300. Bagi
mereka yang memperolehi pendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000,
BR1M akan ditingkatkan daripada RM900 kepada RM1,000.
“Kerajaan (juga) mungkin menawarkan bonus kepada penjawat awam,
meningkatkan bayaran BR1M dan menyasarkan lebih banyak petani dan
nelayan untuk meraih sokongan menggunakan mekanisma sedia ada,” kata
Rajah dari UM.
Langkah itu yang diperkenalkan dalam bajet 2017, seperti elaun khas untuk 57,000 nelayan antara RM200 hingga RM300 sebulan.
Bagi pemilik getah kecil, RM250juta digunakan untuk membeli getah pada harga “lantai” minimum.
Selain itu, elaun bantuan khas monsoon sebanyak RM200 sebulan untuk
November, Disember dan Januari juga dibayar kepada 440,000 pemilik dan
penoreh getah kecil.
Lee berhujah yang mereka dalam kelompok pendapatan pertengahan juga
mungkin mendapat perhatian bajet dalam bentuk pengurangan cukai
persendirian sebanyak 1 hingga 2%.
Pilihan lain bajet itu boleh menawarkan lebih banyak pelepasan cukai
dan rebat untuk perbelanjaan perubatan untuk penyakit kronik,
perbelanjaan ibu bapa serta pendidikan anak-anak.
“Sekurang-kurangnya, insuran perubatan atau penjagaan kesihatan perlu
dikecualikan daripada GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan).
“Jika perolehan membenarkan, bajet mungkin mempertimbangkan
pengurangan cukai korporat sebanyak 1 hingga 23% untuk syarikat besar
dan sehingga 17% untuk SME (perusahaan kecil dan sederhana) untuk
pendapatan boleh cukai pertama sebanyak RM500,000.”
Siapa bakal penerima manfaat terbesar Bajet 2018?
Reviewed by DetikDaily
on
Oktober 16, 2017
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Aman Muhammad Biar abang sekolahkan adik mengenai sedikit sebanyak perihal industri minyak negara kita. 1. Malaysia ni negara pengelu...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.