Apa bukti Umno bela orang Melayu?
Oleh NUR HASMIRA MOHAMAD
KUALA LUMPUR: Umno-BN tidak layak mendabik dada mengatakan parti tersebut mesti mengekalkan kuasa pemerintahannya demi mempertahankan dan membela orang Melayu.
Pensyarah Universiti Teknologi Petronas, Dr Raja Iskandar al-Hiss berkata, ini kerana kedudukan kaum Melayu sehingga kini dilihat masih belum terbela khususnya dalam peningkatan ekonomi hidup.
Beliau berkata, kedudukan ekonomi masyarakat Melayu yang masih lemah kesan masalah yang timbul daripada kepincangan pengurusan tadbir negara.
Katanya, Malaysia yang kaya dengan hasil bumi berbanding negara-negara Asean lain sepatutnya setiap rakyat dari negara ini dapat merasai bahagian-bahagian hasil negara yang boleh meningkatkan taraf hidup ekonomi mereka.
“Lapan negara maju yang lain antaranya Turki dan Nigeria tidak memiliki hasil bumi yang sekaya kita tapi disebabkan tadbir urus dari pemerintahnya yang bagus dan telus menyebabkan setiap dari rakyatnya boleh merasai kek ekonomi negara.
Maksudnya, bahagian-bahagian ekonomi dapat dirasai oleh rakyat mereka. Berbeza dengan Malaysia, biarpun kita sudah merdeka 60 tahun, tapi hasil kek ekonomi negara ini masih belum sekata hasil dari tadbir urus kerajaan yang tertumpu hanya kepada pihak tertentu,” katanya.
Menyentuh isu penyelewengan besar yang berlaku dalam agensiagensi yang berorientasikan untuk membela nasib orang Melayu telah menyebabkan kaum Melayu di negara ini tertindas dan ditekan dengan kos hidup yang kian meningkat.
“Felda ditubuh untuk orang Melayu, begitu juga FAMA, RISDA dan MARA tapi apa yang diketahui banyak penyelewengan dalam sejumlah dana wang besar sehingga menekan kaum Melayu itu sendiri. Jadi bagaimana, Umno-BN boleh mendabik dada mereka adalah penyelamat kaum Melayu?
Beliau mempersoalkan apa bukti Umno boleh dabik dada sedangkan pendapatan, ekonomi, kesusahan orang Melayu itu sendiri sudah semakin meningkat. “Bagi bukti dalam bentuk data, sampai ke hari ini mereka tidak boleh buat,” katanya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.