https://critoxium.com/shop/

Terkini

Serangan saraf Umno rebut undi Melayu

Oleh DR ZULKEFLEE AL KELANTANI 

BERKALI-kali pemimpin PAS tegaskan tiada kerjasama politik dengan Umno kecuali membabitkan kepentingan umat Islam.

Namun, media dan segelintir pemimpin Umno seolah-olah gila talak terhadap PAS. Tujuannya mahu menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat khususnya pengundi tegar keduadua parti.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang mengungkit soal deoxyribonucleic acid (DNA) Melayu kedua-dua parti.

Ia tidak lebih sebagai retorik politik kerana pertelagahan sekian lama berkisar soal dasar dan prinsip parti.

Beliau menggambarkan soal pertelagahan tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya membuang masa dan merugikan rakyat Kelantan.

Tambahan ujarnya orang Melayu dan umat Islam ketinggalan pelbagai bidang berbanding kaum lain.
Menurut Annuar, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berusaha menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan negeri dan membawa masuk lebih banyak pembangunan ke Kelantan.

Anggota parlimen Ketereh menghujah pandangan itu pada program Bicara Minda dan Dialog: Perjuangan untuk semua di Politeknik Kota Bharu Kok Lanas awal Oktober lalu.

Panelis lain Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Dato’ Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Penerangan Umnoi, Dato’ Md Alwi Che Ahmad.

Sebaliknya PAS mengingatkan ahli dan penyokongnya agar tidak berangan bahawa kedua-dua parti itu bergabung pada pilihan raya umum (PRU) 14 yang semakin hampir.

Berbeza arah tuju Ia sebenarnya memperlihatkan serangan saraf yang semakin menjadi-jadi hanya mahu merebut undi Melayu.

Biar pun PAS dan Umno dianggap sama DNA tetapi bagai langit dan bumi yang berbeza arah tuju dan praktikal aspek amalan serta akhlak terutama soal menegakkan hukum Allah.

PAS pernah berkongsi kuasa di Kelantan ketika membentuk kerajaan campuran, namun Umno menggunakan ruang bagi melebarkan pengaruh dan memecahkan PAS dari dalam.

Malah tidak mungkin PAS atau Umno setuju memberi separuh kerusi Parlimen atau Dun atas konsensus bersama seperti pernah berlaku pada 1973.

Realiti politik demokrasi ialah kuasa menjadi jaminan dan bukan atas DNA serupa semata-mata.
Perjuangan PAS memperkasakan Islam, sebaliknya Umno sehingga sekarang masih berdolah dalih.
Malangnya di sebaliknya Annuar bercakap soal kerjasama, Mustapa pula mahu memastikan BN menang banyak kerusi bagi membentuk kerajaan di Kelantan.

Menurut anggota parlimen Jeli terbabit, BN Kelantan sedang meneliti senarai pendek calon mampu menang di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi PRU 14.

Kata beliau Umno Kelantan menguar-uar bakal calon yang mampu menang terdiri daripada muka lama dan baharu termasuk wanita.

Fokus undi luar Umno juga dikatakan memfokus pengundi luar sebagai penentu kemenangan di Kelantan. Beliau juga telah membuat telahan awal kononnya pengundi luar berkiblat kepada Umno. Benarkah begitu.

Apakah pengundi luar yang celik maklumat tidak kenal siapa pemimpin Umno yang menguasai pentas politik Kelantan sekarang.

Annuar, Md Alwi, Dato’ Seri Awang Adek Hussin dan Mustapa sendiri ada rekodnya yang boleh mencalar misi Umno Kelantan.

Sebaliknya PAS jatuh bangun dalam perjuangan menegak hak tetapi masih tegak atas prinsip akidah berbekal keimanan dan istiqamah untuk memenangkan Islam.

Iltizam itu dipasak dalam diri untuk menegakkan syariat melalui proses demokrasi biar pun mengambil masa lama.

PAS inginkan kemenangan melalui pilihan raya dengan menawan hati pengundi secara matang dan bukan memilih luar jalur demokrasi.























Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.