Dr M tak percaya Anwar liwat pada mulanya
Oleh TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN
Saya tahu Tun Dr Mahathir Mohamad tak percaya Datuk Seri Anwar melakukan liwat hingga saat terakhir malah polis takut untuk beritahunya tetapi polis terpaksa mengutamakan keselamatan dan masa depan negara.
Pegawai-pegawai tinggi polis juga mengadapi masalah untuk meyakinkannya kerana imej agama Anwar terlalu besar kepada Mahathir dan beliau mudah percaya keada orang yang pandai bercakap dan karismatik seperti juga dia percaya keada Datuk Seri Najib Razak kerana keterampilannya.
Saya percaya Mahathir hanya percaya bila dia diyakinkan oleh orang rapat dengannya yang juga takut kepentingan ekonomi mereka terhakis bila Anwar berkuasa.
Dalam beberapa hal saya tersingkir sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu juga kerana Mahathir lebih percaya kepada Anwar yang ketika itu sokongan dari dalam parti semakin kuat sehingga Tun Ghafar Baba juga tersingkir secara halus dan Mahathir tidak berbuat apa-apa.
Mahathir akan sanggup berbuat apa sahaja untuk kepentingan politik dan mencapai cita-citanya yang saya percaya bukan untuk kepentingan dirinya.
Maka itu, apabila saya berundur dari Utusan Melayu saya sedikit pun tidak mempunyai perasaan marah atau dendam kepadanya kerana saya percaya beliau perlu meneruskan perjuangannya yang belum selesai.
Saya tidak boleh menerima pemulihan hubungannya dengan Anwar tetapi itulah Mahathir yang dari awal percaya tidak ada musuh yang kekal dalam politik. Politik tidak mendarah daging dalam jiwa saya.
Dalam permainan politik taraf Mahathir sama sahaja dengan Datuk Seri Nazri Aziz yang sekarang bertukar menjadi pejuang Islam yang lebih ke hadapan dari PAS demi untuk membunuh retorik Islam PAS.
Cuma kita tahu matlamat Mahathir tetapi matlamat Nazir hanya hendak kekal di pinggir kuasa seperti Tan Sri Rais Yatim
Apapun saya percaya perjuangan Mahathir sekarang bukanlah untuk kepentingan drinya atau anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi adalah untuk menyelamatkan negara bangsa dan agama.
TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN bekas menteri penerangan dan bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu. Artikel ini dimuatkan kali pertama dalam blog beliau dengan tajuk “Saya tahu Mahathir tak percaya anwar liwat hingga saat terakhir”.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.