Panduan ROS Dalam Pematuhan PPBM
Oleh A Kadir Jasin
KEPEMIMPINAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), secara terbuka atau tertutup, telah mengakui masalah pematuhan dan mengharapkan panduan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) memandangkan parti itu masih baru.
Yang mutakhir adalah pengakuan dan penjelasan Presidennya,
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bahawa PPBM memerlukan tunjuk ajar dan nasihat
JPPM, khususnya berkaitan mesyuarat agung tahunan.
Muhyiddin berkata, pertemuan perwakilan PPBM dengan Ketua Pengarah JPPM, Surayati Ibrahim pada 21 November di Putrajaya berjaya mencapai kata putus.
Katanya, pihak JPPM memberi ruang kepada PPBM untuk membentangkan cadangan penyelesaian urusan pembentukan parti itu yang masih belum selesai. Muhyiddin berkata, keputusan itu dicapai selepas perbincangan 'positif' antara kedua-dua belah pihak. (Baca lanjutdi sini).
Antaranya adalah PPBM diberi masa untuk mengemukakan saranan bagi menyelesaikan masalah kegagalan mengadakan mesyuarat agung tahunan di peringkat pusat dan bahagian.
KEPEMIMPINAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), secara terbuka atau tertutup, telah mengakui masalah pematuhan dan mengharapkan panduan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) memandangkan parti itu masih baru.
Muhyiddin berkata, pertemuan perwakilan PPBM dengan Ketua Pengarah JPPM, Surayati Ibrahim pada 21 November di Putrajaya berjaya mencapai kata putus.
Katanya, pihak JPPM memberi ruang kepada PPBM untuk membentangkan cadangan penyelesaian urusan pembentukan parti itu yang masih belum selesai. Muhyiddin berkata, keputusan itu dicapai selepas perbincangan 'positif' antara kedua-dua belah pihak. (Baca lanjutdi sini).
Antaranya adalah PPBM diberi masa untuk mengemukakan saranan bagi menyelesaikan masalah kegagalan mengadakan mesyuarat agung tahunan di peringkat pusat dan bahagian.
Sebenarnya, masalah
pematuhan yang dialami oleh PPBM bukanlah sesuatu luar biasa atau khusus
kepadanya sahaja.
Dari semasa ke semasa
parti-parti politik lain pun menghadapi masalah sama, termasuk parti-parti
lama seperti Umno, MCA, MIC dan DAP.
Sebahagian daripada kita tentu masih ingat
bagaimana akibat kes mahkamah yang dibawa oleh penyokong Tengku Razaleigh
Hamzah berikutan pemilihan tahun 1987, Umno telah diharamkan dan pendaftarannya
dibatalkan pada tahun 1988.
Walaupun pendaftaran Umno
sebagai Umno (Baru) diperoleh dalam masa yang singkat namun usaha mengatur
semula struktur di peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan serta
mengadakan mesyuarat, mengambil masa.
Bagi yang sudah lupa
atau tidak tahu, akibat pengharaman itu segala harta benda milik Umno seperti bangunan pejabat dan
perniagaan diambil alih oleh pemegang amanah. Proses mendapatkan balik harta
tersebut, khususnya aset perniagaan, mengambil masa dan memerlukan ratusan juta
ringgit.
Hal itu berlaku walaupun
Umno adalah parti pemerintah. Jadi bagi sebuah parti pembangkang setahun jagung seperti
PPMB, mengalami masalah pematuhan bukanlah luar biasa atau disengajakan.
Apa yang berlaku
itu sepatutnya dijadikan iktibar oleh majlis pimpinan tertinggi (MPT) PPBM
seperti yang dibangkitkan dalam mesyuarat MPT baru-baru ini.
Kepemimpinan PPBM harus mendalami kemungkinan berlaku kelalaian dan kecuaian dalam pengurusan dan pentadbiran parti.
Harapan peribadi saya adalah apa jua yang sedang dilalui oleh PPBM tidak akan menjejaskan semangat perjuangan ahli-ahli dan penyokong di semua peringkat.

Mereka inilah yang perlu
diutamakan kerana sokongan ikhlas merekalah yang menjadi ilham kepada penubuhan
PPBM dan seterusnya menjadikannya parti pilihan untuk mencabar hegemoni Umno.
Walaupun Perdana Menteri,
(Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul
Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, yakin Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh
menyingkirkan beliau, tetapi rakyat jelata boleh.
Rakyat
jelata yang
semakin terbeban akibat salah urus ekonomi, penyelewangan dan rasuah,
insya Allah boleh menumbangkan Mohd Najib dan Barisan Nasional
dalam pilihanraya umum akan datang.
Wallahua'lam.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.