Kedah siap sedia hadapi gelombang kedua banjir
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku banjir gelombang kedua, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau berkata semua jabatan dan agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), bomba dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diarah sentiasa bersiap sedia.
“Kita telah ambil maklum dan semua persiapan telah dibuat di peringkat daerah masing-masing sebagai persediaan sekiranya berlaku banjir gelombang kedua.
“Jabatan Meteorologi (MET) Malaysia juga diharapkan dapat menyebarkan maklumat secara menyeluruh berkaitan perubahan cuaca dan memaklumkan lebih awal supaya persediaan pemindahan segera boleh dilakukan,” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman hari ini.
Terdapat laporan mengenai negeri-negeri di utara Semenanjung dijangka menghadapi banjir gelombang kedua.
Sementara itu, Ahmad Bashah meminta setiap majlis perbandaran daerah untuk memantau dan melihat sistem perparitan yang sempurna di kawasan masing-masing bagi memastikan aliran air yang lancar memandangkan hujan yang turun luar biasa kini.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.