Kaji semula mekanisme kemasukan pekerja asing.
Persatuan Anak
Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) di fahamkan, TS Shahrir Samad, Pengerusi
FGV, Pengerusi Felda Technoplant Sdn Bhd(FTP) dan beberapa pegawai
kanan Felda menemui YAB TPM; membincangkan kemasukan pekerja asing bagi
mengatasi kekurangan pekerja di ladang Peneroka yang diuruskan Felda,
FTP dan ladang Felda Plantation yang diuruskan FGV.
ANAK mengalu alukan tindakan proaktif mengatasi isu kekurangan pekerja, kerana ia telah memberi kesan buruk terhadap penyelenggaraan kebun dan pengeluaran hasil komoditi samada buah tandan segar(BTS) maupun getah.
ANAK mencadangkan:-
1. Di rujuk semula kuota kemasukan pekerja asing yang diberikan Kementerian Dalam Negeri.
Felda dan FTP
2106 - 4,000 orang
2017 - 6,000 orang
FGV
2016 - 8,000 orang
2017 - 12,000 orang(termasuk keperluan tahun 2018)
Apakah kuota ini telah dipenuhi?
ANAK berpandangan isunya bukanlah sangat dipihak KDN dan Imigresen, tetapi tindakan susulan yang berkaitan kecekapan mengurus Felda, FTP dan FGV bagi memenuhi kuota yang telah diberikan. Apatah lagi kemudahan telah disediakan di bawah sistem online dan Sistem pengurusan bersepadu kemasukan pekerja asing.
2. Temuduga terhadap pekerja tempatan dengan insentif menarik khususnya dikalangan Generasi Baru Felda seperti yang dilakukan FGV sekarang diperluaskan promosinya. Insentif ini samada dalam bentuk gaji dan imbuhan lain, bagi mempastikan pendapatan bulanan tidak kurang dari RM1,500.
Sudah sampai masanya Generasi Baru Felda dilatih bukan sekadar sebagai pekerja, tetapi usahawan ladang yang berjaya. Ia adalah mekanisme berkesan untuk melahirkan Generasi Baru Felda yang berdikari dan berdaya maju.
Jika status mereka sebagai pekerja semata mata, prospek masa depan tidak menjanjikan banyak perubahan dalam kehidupan mereka. Tambahan pula persepsi kerja di sektor pertanian yang dianggap kotor, penat dan pendapatan yang rendah.
3. Urusan kemasukan pekerja asing secara legal termasuk tempat tinggal yang selesa dan kemudahan asas yang sempurna, mestilah diutamakan.
Pengalaman masa lalu dan masih berlaku hingga kini, dimana pekerja asing tinggal di dalam kebun sawit yang serba daif(rumah kotai), sumber minuman dari air parit dan makan minum yang tidak sempurna, tidak wajar diamalkan. Bila kemasukan secara illegal, kehidupan mereka amat terganggu dengan serbuan pihak berkuasa seperti Polis, Imigresen dll.
Kerjasama dengan Imigresen bagi mempastikan pekerja asing dibawa masuk secara sah dan mendapat layanan baik, harus diberi perhatian. Ia adalah imej negara dan mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan keatas pekerja asing yang tidak berdaftar.
Langkah kebergantungan/ mengurangkan pekerja asing dan penawaran pekerja tempatan dengan insentif yang menarik adalah keutamaan yang semestinya dikaji dan dilaksanakan demi kebajikan rakyat dan kepentingan negara.
'Menerajui perubahan'
Mazlan Aliman
Presiden ANAK

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.