https://critoxium.com/shop/

Terkini

Khalid Ibrahim hadir Konvensyen Umno Selangor

Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini membuat penampilan mengejutkan di Konvensyen Umno Selangor yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bagaimanapun, pembantu Khalid memaklumkan kepada The Malaysian Insight yang bekas ahli politik PKR itu tidak menyertai Umno.

"Beliau hanya dijemput untuk beri pandangan tentang acara itu. Beliau berada di sini bukan untuk menyertai Umno," kata pembantu Khalid, Mustapha Mohd Talib kepada The Malaysian Insight di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Acara itu dikatakan taklimat tertutup mengenai strategi untuk merampas semula Selangor daripada Pakatan Harapan dan Khalid serta seorang lagi bekas menteri besar Selangor, Muhammad Muhd Taib dipercayai orang penting yang terlibat dalam usaha ini.

Pemimpin-pemimpin lain yang berada di atas pentas adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Noh Omar dan Ketua Umno Sungai Besar Jamal Mohamed Yunos.


Pada kira-kira jam 3 petang, Khalid dilihat berjalan masuk ke Dewan Merdeka bersama-sama Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan menyampaikan ucapan perasmian pada sesi yang diadakan secara tertutup itu.

Khalid yang merupakan anggota Parlimen Bandar Tun Razak mengetuai kerajaan Selangor sebelum dipecat daripada PKR pada tahun 2014.

Sejak itu, Khalid dilihat hadir dalam banyak acara PAS termasuk dua muktamarnya, serta Perhimpunan Fastaqim 2.0 di Terengganu pada bulan September.

Pada masa itu, ADUN Pelabuhan Klang itu berkata beliau menyokong perjuangan PAS, namun tidak berhasrat menyertai mana-mana parti politik.

Khalid sebelum ini adalah ahli Umno selama hampir 30 tahun, sebelum menyertai PKR pada 2006.

Beliau menjadi menteri besar Selangor pertama daripada PKR selepas Pakatan Rakyat memenangi negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Turut hadir bersama Khalid dan Zahid adalah bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang meninggalkan PKR untuk menyertai Umno pada September lalu.

Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Taib, keluar dari Umno pada 2013 untuk menyertai PAS.
Beliau kemudian meninggalkan PAS dan menyertai PKR pada tahun 2015, sebelum memutuskan kembali semula ke pangkuan Umno.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.