https://critoxium.com/shop/

Terkini

PAU Perlu Jantankan Najib : Ambil Tindakan Pada Peguam Negara Amerika

Oleh Mahfuz Hj Omar

1. Rakyat Malaysia khususnya perwakilan perhimpunan agung Umno (PAU) usah 'tulikan telinga' apabila peguam negara Amerika Syarikat Jeff Sessions menyifatkan skandal kecurian 1MDB adalah Kleptokrasi paling teruk. Sangat memalukan negara Malaysia dan kepimpinan PM Najib Razak dengan dakwaan pegawai 1MDB menyeleweng dana lebih AS$4.5 bilion (RM18.24 bilion) menerusi transaksi rahsia dalam rangkaian rumit dan syarikat kosong dengan akaun bank di negara seperti Switzerland, Singapura, Luxembourg dan AS.Ini merupakan dakwaan yang akan mendatangkan persepsi buruk terhadap Malaysia.

2. Dakwaan dan tuduhan terhadap PM Najib Razak dan kerajaan Malaysia dalam isu 1MDB tanpa tindak balas dari PM Najib Razak menunjukan kebenaran dakwaan tersebut.Daripada tuduhan dari Wall Strait Journal (WSJ),Sarawak Report (SR), Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ),Tun Mahathir,Datuk Seri Anwar Ibrahim,pimpinan Pakatan Harapan hingga tuduhan dan dakwaan terkini dari Peguam Negara Amerika berlalu tanpa dicabar oleh PM Najib Razak dan kerajaan Malaysia melalui proses undang undang atau nota bantahan terhadap kerajaan Amerika.Sebaliknya yang diambil tindakan ialah memecat Peguam Negara Malaysia Tan Seri Ghani Pathail serta memecat Tan Seri Muhyidin (TPM),Datuk Shafie Afdhal (Menteri) dan Datuk Seri Mukhriz (MB Kedah) serta memecat keahlian mereka dari Umno.

Sikap berdiam diri Najib Razak dan kerajaan Malaysia akan memberi kesan terhadap kepercayaan masyarakat antarabangsa kepada kepimpinan Najib dan ekonomi Malaysia.

3. Perhimpunan Agung Umno (PAU) memerlukan proses usul tergempar dari perwakilan untuk menjantankan Presiden Umno Najib merangkap PM Malaysia mengambil tindakan balas terhadap Peguam Negara Amerika Syarikat Jeff Sessions yang telah menghina Najib Razak dan Malaysia dengan tuduhan 1MDB sebagai Kleptokrasi paling teruk.

Tanpa sebarang tindakan dari Najib Razak dan kerajaan Malaysia membuktikan semua dakwaan dan keterlibatan Najib Razak #MO1 dalam skandal kecurian terbesar Negara Malaysia.

Selamatkan Malaysia Tercinta

#BertindakSegera
#JantankanNajib
#JanganTelanjangkanMalaysia

Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
11am Taman Alwalid Alor Setar
Khamis 7 Des 2017/18 Rabiulawal 1439

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.