https://critoxium.com/shop/

Terkini

Perjalanan akhir Shahnon Ahmad, sasterawan rakyat

Oleh

SASTERAWAN Negara Shahnon Ahmad meninggal dunia kerana pneumonia kira-kira jam 8 pagi semalam di Hospital KPJ Kajang, dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi, Selangor.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Wan Fatimah, 82, tiga anak berumur antara 54 hingga 58 tahun, 14 cucu dan tiga cicit.

Pernah berkhidmat sebagai ahli Parlimen dan mengecohkan arena politik negara dengan novel tulisannya bertajuk Shit, allahyarham sememangnya seorang yang disenangi ramai dan mesra dipanggil Cikgu Shahnon.

Lama sebelum menyertai bidang politik, novel tulisannya turut menjadi teks untuk pelajar sekolah menengah.

Karya pertamanya bertajuk Rentong yang mengisahkan pergolakan masyarakat desa mahukan pembangunan dan masalah tanah.

Novel keduanya, Terdedah mengangkat hipokrasi masyarakat kota dan novel terkenalnya ialah Ranjau Sepanjang Jalan yang mengangkat penderitaan masyarakat desa hidup dalam tradisi.
Sasterawan negara A Samad Said turut datang menziarahi jenazah rakannya itu di Surau al-Madani in Bandar Baru Bangi, semalam. . – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 27 Disember, 2017.
Jenazah allahyarham Shahnon Ahmad dibawa dan disembahyangkan di Surau al-Madani in Bandar Baru Bangi, selepas meninggal dunia di sebuah hospital di Kajang, pagi semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 27 Disember, 2017.
Ahli keluarga bersedih dan menangisi pemergian sasterawan negara allahyarham Shahnon Ahmad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 27 Disember, 2017.
Penyair Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala menatap wajah jenazah allahyarham Shahnon Ahmad buat kali terakhir sebelum dikebumikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 27 Disember, 2017.
Sehelai kain putih digunakan untuk menutup wajah allahyarham Shahnon Ahmad ketika jenazahnya diletakkan di Surau al-Madani in Bandar Baru Bangi, semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 27 Disember, 2017.
Ahli keluarga dan rakan kepada allahyarham Shahnon Ahmad menunaikan solat jenazah sebelum bergerak ke tempat pengebumian. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 27 Disember, 2017.
Beberapa ahli keluarga mengangkat keranda yang membawa jenazah allahyarham Shahnon Ahmad untuk ke Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi, semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 27 Disember, 2017.
Jenazah allahyarham Shahnon Ahmad diturunkan ke liang lahad ketika hendak dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Bangi, semalam

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.