https://critoxium.com/shop/

Terkini

Dr Mahathir Harus Berhati Hati

Oleh Mohd Sayuti Omar

Saya tidak setuju dengan bahasa dan kempen saraf politik dilakukan Dr Mahathir yang mengatakan Abdul Hadi Awang kafir, alasannya kerana Hadi pernah mengkafirkan Umno tetapi kini bersama Umno.

Walaupun hujah itu nampak logik, tetapi terma kafir itu tidak baik, ia sama dengan terma dipakai Guan Eng mengatakan Pas sebagai sesat. Kedua-dua terma itu tidak banyak membantu Pakatan Harapan.

Dr Mahathir seharusnya faham kenapa Abdul Hadi mengeluarkan Amanatnya tahun 1981, ia bukan berasaskan hukum yang benar tetapi kerana helah politik melarang orang Melayu sokong Umno sebaliknya sokong Pas. Amanat itu lebih bersifat politik. Statusnya samalah dengan bai'ah bahalul itu.

Kalau Dr Mahathir memahami maksud dan "politik" ini dia tidak perlu menggunakan isu Amanat itu untuk menuduh atau menggunakan perkataan "kafir" kepada Hadi Awang.

 Harap Dr Mahathir lebih berhati-hati dan menggunakan bahasa dan cari istilah yang sesuai dengan kematangannya. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.