Jangan ajar kami jadi pembangkang, kata PAS kepada Dr M
SHAH ALAM: PAS hari ini mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang
baru menjadi pembangkang, tidak perlu mengajar parti itu menjadi
pembangkang.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, parti Islam itu menjadi pembangkang di negara ini selama 67 tahun.
“Kita akan buktikan PAS telah masak dalam pertarungan pilihan raya ini, sebab itu ada orang nak ajar PAS jadi pembangkang lawan Umno, padahal dia tu sehari dua keluar dari Umno.
“Nak belajar lawan BN kena belajar dari PAS. Betul? Ini baru nak belajar jadi pembangkang, dia nak ajar PAS menjadi pembangkang. Itu pasal dia keluar Umno sebab tidak dapat dedak.
“Kita bertarung lebih 67 tahun. PAS berada di persada paling tinggi di negara ini, tidak lain dan bukan kerana dasar dan prinsip,” katanya ketika berucap di Himpunan Fastaqim 2.4 dan pelancaran jentera pilihan raya PAS Selangor di Stadium JKR Seksyen 17, hari ini.
Turut hadir bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sementara itu, Idris berkata, kemenangan pada pilihan raya umum tidak dapat menjamin pentadbiran negara akan selamat tanpa mendahulukan Islam.
Katanya, tiada guna memenangi undi orang Melayu, jika Islam kalah, sebaliknya rakyat perlu mengutamakan Islam seperti diperjuangkan PAS untuk menjamin semua kaum di negara ini selamat.
“Kita semua perlu berpadu tenaga dan ukhwah kita jaga untuk kemenangan kita.
“Yakin dan percaya bahawa dengan Islam akan beri keselamatan. Islam selamat, Melayu selamat, Cina selamat, India selamat, Kadazan selamat, Dayak selamat, semua selamat.
“Apabila Melayu selamat, belum tentu Islam dan juga Melayu selamat, bila Islam selamat, semua selamat,” katanya merujuk perjuangan Islam yang dibawakan PAS dalam mentadbir negara.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.