Kehadiran Dr Mahathir punah pembangkang
KEHADIRAN Tun Dr Mahathir Mohamed dilihat boleh
memecah-belahkan pakatan pembangkang dan bukannya mengukuhkan gabungan
itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sejak kemuculan bekas Perdana Menteri itu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pembangkang mulai menjadi kucar kacir.
“Kemunculan Tun Mahathir tidak mengukuhkan gabungan pembangkang untuk menentang Umno dan BN. Banyak masalah berlaku dalam pembangkang sekarang sejak kemunculannya.
“PKR dan Pakatan Harapan jadi kelam kabut tidak bersatu, kemunculannya hanya untuk merosakkan pembangkang, ini pandangan saya,” katanya mengulas kenyataan Dr Mahathir terhadap PAS di Kota Bharu.
Dalam kenyataan terbarunya Pengerusi PPBM terbabit menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai pengkhianat

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.