Kerusi Parlimen: PAN sudah telan kata-kata sendiri?
Oleh DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
KITA akan menang semua, dapat kerusi gred A, kata PAN selepas dapat kerusi paling sikit”, inilah tajuk laporan portal berita Malaysia Date Line
tulisan Arif Atan pada 7 Januari 2018 bila PAN diumumkan hanya
diberikan 27 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia pada hari itu.
Laporan portal berita ini memetik Presiden PAN, Mohamad Sabu, sebagai
berkata beliau “yakin akan memenangi kesemua 27 kerusi Parlimen yang
diperuntukkan kepada PAN pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti” selain
memetik Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad, sebagai berkata “kerusi
yang PAN dapat adalah kerusi yang berpotensi tinggi boleh menang”.
Alih-alih semalam, 23 Januari 2018, portal berita The Malaysian Insight,
dalam laporan yang ditulis oleh Zulkifli Sulong, memetik “sumber PAN”
sebagai memaklumkan bahawa “mereka hampir selesai mengkaji kesemua 27
kerusi Parlimen yang akan ditandingi PAN” di mana “daripada 27 kerusi
yang diperolehi PAN, mereka meletakkan enam kerusi di gred A, 16 di gred
B manakala lima kerusi di gred C dan D”.
Ke mana perginya kata-kata Presiden PAN dan Pengarah Komunikasi
PAN sebelum ini bahawa PAN yakin akan memenangi kesemua 27 kerusi
Parlimen yang diperuntukkan kepadanya kerana kesemua 27 kerusi Parlimen
ini adalah “kerusi gred A”?
Kenapa sekarang, setelah dua minggu agihan kerusi ini diumumkan,
baru disebut bahawa sebenarnya bukan kesemua 27 kerusi Parlimen PAN ini
adalah “kerusi gred A”, tetapi hanya enam kerusi sahaja “kerusi gred A”
manakala 21 kerusi lagi “kerusi gred B, C dan D”?
Inilah bahananya bila lebih lajak dari laju bila bercakap sehingga
belum apa-apa lagi pemimpin tertinggi PAN sudah terpaksa menelan
kata-kata sendiri pula.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.