PAS bawa solusi setiap masalah rakyat dan negara
Oleh ABDUL QAYYUM
BANDAR TUN RAZAK: Budaya Politik Matang dan
Sejahtera serta Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051 yang
digagaskan PAS merupakan solusi ke arah membina Malaysia lebih baik
untuk rakyat.
Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam menegaskan
perkara itu dalam Sembang Teh Tarik anjuran Lajnah Penerangan dan Media
Baru PAS Kawasan Bandar Tun Razak di Taman Desa Cheras, di sini
kelmarin.
Perkara tersebut diperjelaskan lagi oleh Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat, Ustaz Kamaruzaman Mohamad bahawa budaya baru politik dibawa
PAS itu adalah politik berteras prinsip dan bukannya kepentingan
peribadi atau individu.
PAS tegasnya, bukan hanya pembangkang semata-mata tetapi membawa
jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan dihadapi negara dan
rakyat menurut kerangka syarak.





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.