PCM, parti rakan PAS cadang tanding 5 kerusi
Parti Cinta Malaysia (PCM) - salah satu komponen dalam Gagasan
Sejahtera yang diterajui PAS - menyatakan hasrat untuk bertanding
sekurang-kurangnya di lima kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Naib Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata, pihaknya akan membuat permohonan berhubung perkara itu kepada PAS dan sebuah lagi rakan parti komponen, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
"Kalau bincang kedua-dua (PAS dan IKATAN) setuju kita tanding sahajalah. Tak pasti lagi berapa tapi kalau tanding lebih lima kerusi,” katanya
Bekas naib presiden Gerakan itu menjangkakan partinya akan bertanding di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
"Kita melihat kepada kawasan yang ada peluang untuk menang dan ada akar umbi, jika tiada akar umbi kita tidak bertanding," katanya lagi.
Selain PCM dan IKATAN, Gagasan Sejahtera yang diwujudkan PAS turut dikatakan mempunyai kekuatan 200 NGO.
PAS sebelum ini konsisten berkata mereka akan menyertai PRU ke-14 melalui gabungan itu, dan akan bertanding tidak kurang daripada 130 kerusi.
Pada masa sama, seperti yang dinyatakan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, parti gabungan, NGO dan tokoh masyarakat yang bersama gabungan itu akan diberi ruang bertanding dan akan dibantu jentera PAS sendiri.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.