BERSIH Shanghai menggesa Putrajaya mengumumkan tarikh Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14) sekurang-kurangnya dua bulan lebih awal agar rakyat
Malaysia di luar negara sempat untuk pulang mengundi.
Kumpulan pendesak pilihan raya adil dan bebas itu berkata, pengumuman
lebih awal akan membantu pengundi merancang perjalanan, mengambil kira
kos dan masa yang sesuai untuk pulang ke tanah air.
Jelas badan itu, notis singkat tarikh pilihan raya melibatkan kos
yang tinggi kepada pengundi kalau mereka sudah pulang ke Malaysia untuk
perayaan Krismas dan sambutan tahun baru serta Tahun Baru Cina pada
pertengahan Februari.
“Tidak semua rakyat Malaysia yang berada di luar negara mempunyai
kewangan yang stabil," kata Bersih Shanghai dalam satu kenyataan hari
ini.
Bersih Shanghai ditubuhkan sejak perhimpunan Bersih edisi ketiga pada
2012, apabila ia mengadakan rapat umum di The Bund, lokasi tumpuan
pelancong terkenal di bandar raya itu.
Pada PRU13, ia menggerakkan kempen "pulang mengundi" dan kemudian menganjurkan kempen Bersih 4 peringkat dunia.
Mengambil contoh United Kingdom yang mengumumkan tarikh pilihan raya
lapan minggu lebih awal, Bersih Shanghai berkata pengumuman awal juga
membolehkan pengundi merancang cuti semasa cuti sekolah 17 hingga 25
Mac.
Selain pengumuman awal tarikh pilihan raya, Bersih Shanghai juga
menuntut syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia
memberikan tawaran khas tiket kapal terbang kepada rakyat Malaysia yang
balik untuk mengundi.
Kenyataan itu menyebut ada 20,000 rakyat Malaysia di China dengan 8,000 daripadanya di Shanghai.
Sementara itu, Bersih Shanghai menggesa rakyat Malaysia yang berada
di luar negara cuba sedaya upaya balik ke negara untuk mengundi walaupun
kerajaan menyediakan kemudahan undi pos.
“Suruhanjaya Pilihan Raya memperkenalkan undi pos kepada rakyat Malaysia di luar negara pada pilihan raya lalu.
“Bagaimanapun proses pengiraan undi dijalankan secara tertutup tanpa pemerhati,” kata kenyataan itu.
Umum PRU14 awal, senang nak balik mengundi, kata Bersih Shanghai
Reviewed by DetikDaily
on
Januari 21, 2018
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
DAP yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi mengakui bahawa ketika ini wujud krisis keyakinan serius terhadap parti itu serta PH berd...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.