https://critoxium.com/shop/

Terkini

Veteran politik mahu PH tangguh umum calon PM

PETALING JAYA: Veteran politik Dr Syed Husin Ali mahu Pakatan Harapan memberikan masa untuk mendengar suara rakyat dalam isu calon perdana menteri sehingga pengumuman pembubaran Parlimen.

Bekas timbalan presiden PKR itu berkata matlamat PH jauh lebih besar daripada soal menentukan siapa perdana menteri, maka isu tersebut tidak perlu diperbesar-besarkan.

“Saya merasa hairan kenapa isu menentukan dengan segera nama calon perdana menteri daripada PH sudah menjadi begitu besar sekali. Kenapa perlu terburu-buru memutuskannya?

“Sekarang ini kelihatan seolah-olah soal manamakan nama calon PM paling penting sekali. Lebih buruk lagi sudah timbul pula anggapan semacam isu ini didorongkan oleh agenda peribadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan calon perdana menteri gabungan pembangkang itu, yang dinanti-nantikan pemerhati politik, akan diumumkan Ahad ini, di satu konvensyen di Shah Alam.

Sebelum ini, media melaporkan 3 komponen PH – PPBM, DAP dan Amanah – bersetuju untuk menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sementara, sehingga Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas dari penjara dan layak mengambil alih jawatan itu.

Dikatakan perkara itu tidak diumumkan kerana PKR mahu membincangkan perkara itu di peringkat parti. Sebelum ini, PKR berkeras mahu presiden mereka, dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri.

“Kita harus selalu mengingati bahawa matlamat utama membentuk PH ialah untuk menjana perpaduan serta kekuatan demi menegakkan keadilan bagi rakyat dan kemajuan bagi negara,” kata Syed Husin, kini ahli Biro Politik PKR.

“Untuk mencapai ini perlulah diperjuang perubahan besar atau reformasi segala sistem dan institusi yang bobrok agar dapat ditegakkan yang lebih adil dan saksama.”

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata PH tidak ada pilihan kecuali menamakan bakal perdana menteri sebelum PRU14.

Ini kerana rakyat secara umumnya mahu tahu apakah pilihan yang ditawarkan gabungan pembangkang itu pada pilihan raya yang perlu dipanggil dalam beberapa bulan lagi.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.