Bai'ah bermakna janji setia dan ketaatan
BAI'AH sangat kukuh dan kuat sehingga Allah mengibaratkan dalam al Quran "Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka..."
Ibnu Kathir menyatakan, ayat Allah ini
bermaksud bahawa Allah mendengar apa yang mereka ucapkan dan melihat apa
yang mereka lakukan serta mengetahui apa yang ada dalam hati-hati
mereka.
Rasulullah S.A.W diwakilkan untuk
menerima bai'ah para Sahabat dalam peristiwa Bai'atur Ridhwan. Dalam
gerakan Islam seperti PAS, pemimpin diwakilkan untuk menerima bai'ah.
Kekuatan bai'ah ini sangat kuat sehingga
mereka yang melafazkan bai'ah seolah-olah sanggup menjual diri kepada
Allah dan Allah membelinya dari orang beriman yang melafazkan bai'ah.
Langgar bai'ah akibatnya sangat buruk.
Bai'ah untuk patuh kepada keputusan
jemaah kecuali yang bercanggah dengan nas. Sekadar wujud perbezaan
ijtihad dan pendekatan, keputusan jemaah tetap wajib ditaati.
Apabila perang tak jadi selepas
peristiwa Bai'atur Ridhwan walaupun para Sahabat telah bersedia untuk
berperang, suasana aman yang wujud ekoran dari peristiwa bai'ah ini
menyebabkan berkali ganda lagi ramainya orang terima Islam apabila tiada
ketegangan.
Bai'atur Ridhwan bukan makna menyerah
kalah tapi ia membuka peluang seluasnya untuk orang terima Islam. Inilah
budaya politik matang dan sejahtera.
Bai'ah tak sama dengan sumpah. Sumpah
dikaitkan dengan individu sahaja. Bai'ah pula berkait dengan kepentingan
jemaah dan negara.
Hanya mereka yang beriman saja akan
percaya kepada bai'ah. Urusan orang yang langgar bai'ah ini terserahlah
kepada Allah bagaimana Allah nak membalasnya.
Petikan Tazkirah Tuan Guru Presiden @ Pejabat Agung PAS.









Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.