Berdepan kemelut MCA, Nazri yang lantang mahu terus pertahan Padang Rengas
Oleh Gan Pei Ling
NAZRI Aziz dilihat tersepit dalam kemelut yang semakin berpanjangan dengan ahli politik MCA- sekutunya dalam gabungan pemerintah Barisan Nasional.
Kemelut itu tidak boleh terus berpanjangan sekiranya menteri veteran kabinet dan ahli Parlimen selama lima penggal itu mahu terus mengekalkan kerusi Parlimen itu sekali lagi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Nazri menang PRU13 dengan majoriti 2,230, beza undi yang gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) percaya boleh diatasi.
Ketua PKR Padang Rengas Alias Ibrahim percaya peningkatan kos sara hidup dan harga getah rendah yang memberi kesan kepada pengundi luar bandar akan menyebabkan mereka menolak BN.
Walaupun berdepan cabaran besar, Nazri, menteri pelancongan dan kebudayaan yang dikenali sebagai pemimpin yang lantang bersuara itu yakin sentuhan peribadi dan rekod kerja di kawasannya akan membolehkan beliau terus mengekalkan kuasa di situ.
Beliau yang setia kepada Presiden Umno Najib Razak, mengakui yang sekiranya bertanding lagi, pertandingan sengit akan menunggunya.
“Sejak 2008, tiada pilihan raya umum yang dianggap mudah oleh Barisan Nasional. Selepas 2013, ia makin sukar.
“Jika saya dicalonkan mewakili BN sekali lagi, saya perlu bekerja keras bagi memastikan saya dapat sebanyak mungkin undi,” katanya
Nazri menggunakan pendekatan praktikal untuk menang pilihan raya, strategi yang dipelajarinya daripada bekas perdana menteri yang kini jadi Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad.
“(Dr) Mahathir selalu beritahu saya, dia dulu sifu saya. Katanya, dia perlukan hanya 50% undi plus one (majoriti) , itu sahaja, saya setuju sepenuhnya dengannya.
“Saya tak mahu bazirkan masa saya hendak semua orang sokong saya. Saya dapat 50% plus one pun dah cukup, ia akan beri saya lima tahun lagi. Ia praktikal.”
Pintu sentiasa terbuka
Nazri mengatakan beliau akan pulang ke Padang Rengas setiap hujung minggu jika tidak ada urusan rasmi di luar negara.
Pintu kediaman rasminya, berhampiran dengan Stesyen Keretapi Kuala Kangsar sentiasa terbuka untuk orang ramai.
Ahli Kelab Makcik, kelab sosial untuk wanita kampung Cina ditubuhkan Nazri juga selalu berkunjung ke rumahnya pada hujung minggu.
Peratusan pengundi Cina di Padang Rengas adalah 17% daripada 28,518 pengundi berdaftar, Melayu pula membentuk 76% dan India 16%.
“Bagi mereka ini adalah perkara besar. Ini rumah menteri dan saya mengalu-alukan mereka datang. Mereka bagi saya semua jenis hidangan Cina sempena Tahun Baru Cina,” kata ahli Majlis Tertinggi Umno itu.
Ahli kelab memberitahu The Malaysian Insight yang mereka tidak peduli dengan kemelut antara Nazri dan pemimpin MCA berkaitan taikun Robert Kuok.
MCA menyelar Nazri susulan kenyataannya mengenai Kuok yang dihormati ramai orang Cina, dan dakwaan Nazri yang MCA sudah tidak mewakili pengundi Cina.
Malah, ahli MCA semalam mengadakan protes mendesak Nazri meletak jawatan.
“Sebagai ahli politik, saya sejak muda selalu cakap apa yang berlaku. Saya tak pernah tipu,” kata Nazri mengulas mengenai sikap lantangnya.
“Saya tak suka berpura-pura. Saya tak suka drama. Saya akan kata perkara sebenar, sama ada awak suka atau tidak, saya okay sahaja.”
Perubahan akar umbi
Nazri tidak merasakan harga getah rendah dan isu kos sara hidup akan memberi kesan besar kepada peluangnya menang sekali lagi.
“Sudah tentu semua orang terkesan (dengan harga getah rendah) tetapi mereka bukan bekerja menorah getah sahaja. Mereka juga peniaga kecil. Mereka juga tanam sayur. Mereka juga ada kebun.
“Mereka baik-baik sahaja. Tiada masalah. Penduduk kampung di sini sangat kuat bekerja. Mereka orang yang bangga. Mereka tak akan datang dan minta bantuan anda,” kata Nazri.
Alias daripada PKR tidak bersetuju dengan kenyataan Nazri yang kehidupan semua orang di Padang Rengas masih baik.
“Kami ada ahli di kampung yang penyokong tegar BN dahulu. Nazri seperti pelakon, jadi orang juga akan berlakon di depannya,” katanya.
“Di masa dahulu, mereka akan lawan balik bila kami bercakap tentang ketamakan Najib tetapi sekarang mereka hanya berdiam diri,” kata suri rumah berusia 65 tahun yang enggan dinamakan itu.
Alias percaya walaupun PRU14 akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru di Padang Rengas antara BN, PAS dan Pakatan Harapan (PH) diwakili PKR, peluang PH untuk menang masih baik.
PKR sudah bertanding untuk merampas kerusi itu sejak tiga pilihan raya umum lalu, dan Alias percaya mereka juga mampu menarik sokongan penyokong PAS.
“Kami berkawan dengan ahli PAS. Bukan semua orang suka (Presiden PAS) Hadi Awang tetapi mereka sayangkan parti, jadi mereka kekal dalam parti,” katanya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.