Kapal Equanimity dan tempias skandal 1MDB
Oleh Syed Ibrahim Syed Noh
BERITA Indonesia merampas kapal mewah hartawan kontroversi Jho Low yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Bali baru-baru ini memenuhi dada berita portal alternatif tetapi tidak di media arus perdana.
Kata bekas pengarang kumpulan New Straits Times (NST) Mustapha Kamil Mohd Janor, "kita masyhur di serata dunia oleh sebab Jho Low ini, hinggakan akhbar Chiang Rai Times di kawasan bukit-bukau sempadan Thailand dengan Laos sana pun siarkan berita kapal Jho Low itu".
Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) percaya sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion wang 1MDB disalahgunakan dan mereka sedang berusaha mendapatkan kembali aset AS$1.7 bilion yang dikaitkan dengan skandal itu.
Kapal Equanimity bernilai AS$260 juta atau hampir RM1 bilion itu sebahagian daripada aset yang dijejaki oleh DoJ dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB. Jho Low yang gagal dikesan hingga kini didakwa membeli Equanimity yang didaftarkan di Kepulauan Cayman menggunakan wang daripada dana 1MDB.
Mengapa media arus perdana malu-malu kucing melaporkannya? Adakah kerana ia tiada nilai berita atau kerana setiap berita mengenai skandal 1MDB umpama selumbar kepada parti pemerintah dan Najib Razak?
Jawapannya ialah kedua-duanya. Ia dianggap tiada nilai berita terutama bagi media arus perdana yang kebanyakan penonton dan pembacanya dalam kalangan rakyat luar bandar. Isu 1MDB jelas termasyhur sebagai skandal rompakan dana rakyat terbesar dunia dan membawa imej buruk kepada Najib. Ringkasnya, lagi baik tiada berita berkenaannya.
Meskipun pembangkang menerangkan isu berkaitan 1MDB namun ia masih kurang difahami rakyat luar bandar berbanding isu kos sara hidup meningkat, cukai GST dan harga barang naik. Reaksi bekas-bekas menteri seperti Rais Yatim dan Rafidah Aziz terhadap isu 1MDB juga mungkin tidak sampai ke kampung-kampung.
Persoalannya, apakah kaitannya isu 1MDB dan kapal mewah ini dengan masalah rakyat?
Ia berkaitan kerana wang 1MDB iaitu wang syarikat milik kerajaan hilang dan dijoli begitu saja sedangkan rakyat dibebani melalui cukai GST, harga barang yang naik dan penghapusan subsidi.
Putrajaya sebelum ini menegaskan dana 1MDB tidak hilang atau dicuri. Ini disandarkan kepada laporan Jawatankuasa Audit Negara. Najib juga pernah berkata dana 1MDB tidak hilang tetapi adalah hutang yang boleh dilunaskan oleh aset yang lebih daripada hutang.
Masalahnya hutang itu diambil dari mana dan benarkah aset cukup untuk bayar hutang? Berapa lama pula tempoh hutang akan selesai? Dengarnya hanya pada 2039, menurut pelan rasionalisasi.
Di samping itu, bukankah Najib pernah mengaku 1MDB mengalami masalah tadbir urus dan mengarahkan satu siasatan menyeluruh. Apa jadi?
1MDB berhutang dengan beberapa dana rakyat, antaranya Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP), Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera (melalui kontrak kepada Perbadanan Perwira Harta Malaysia), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso.
Hutang 1MDB yang berlipat kali ganda dan kadar faedah yang tinggi telah menggugat dana rakyat namun apabila terseleweng dan dicari ganti daripada tabung-tabung rakyat maka sudah tentu ada kesannya. Kegagalan 1MDB membayar hutang ini boleh menjejaskan pelaburan wang rakyat dalam dana-dana berkenaan.
Kerajaan kata wang itu tidak hilang tetapi kes berkait 1MDB di merata dunia membuktikan sebaliknya. Lebih malang aset dan wang rampasan berlaku di luar negara namun tidak diendahkan malah diabaikan sebarang tindakan oleh parti pemerintah.
Bukankah wang bernilai RM1,000 juta boleh digunakan sebahagiannya untuk membina sekolah, jalan raya, jambatan, hospital dan pelbagai keperluan asas rakyat? Malah mungkin menurunkan harga minyak.
Justeru, isu 1MDB dan kapal mewah ini penting dan berkait dengan masalah rakyat. Ia memberi kesan kepada kesejahteraan kehidupan rakyat akibat pengurusan dan tata kelola yang pincang lagi menyeleweng. Ia berkait dengan maruah, sistem keadilan dan kedaulatan negara.
Hakikatnya, kutipan GST terpaksa dilakukan kerana duit telah hilang. Wang negara dibazirkan, dicuri, ditiriskan dan dibawa lari oleh orang seperti Jho Low sedangkan rakyat menderita. Mereka joli kapal mewah RM1,000 juta namun rakyat dapat BR1M RM1,200 setahun, itu pun bukan semua yang dapat.
Dengan penghapusan pelbagai jenis subsidi barangan ruji rakyat sejak 2010 maka kenaikan harga barang tidak lagi dalam kawalan kerajaan. Menjelang 2015, subsidi minyak juga terhapus. Apabila subsidi barangan ruji seperti tepung, minyak masak, beras dan gula dipotong, bukan saja harga barangan itu naik tetapi harga barangan lain juga naik.
Ditambah pula dengan kadar mata wang ringgit yang lemah akibat krisis keyakinan masyarakat antarabangsa dan pelabur asing serta skandal 1MDB, maka harga barangan import meningkat naik. Memandangkan kita mengimport 80% barang makanan seperti cili, bawang, beras, gandum, kambing, lembu dan sayur maka kesan kenaikan harga barang amat terasa.
Tambah derita rakyat setelah subsidi dihapuskan dan mata wang yang rendah, parti pemerintah kutip cukai GST 6% di atas setiap satu ringgit harga barang.
Benar, mungkin kalau masuk kampung rakyat mungkin tidak kenal Jho Low, Equanimity atau 1MDB tetapi rakyat tetap akan marah dengan Najib dan Umno BN kerana harga barang yang naik, kos sara hidup yang tinggi dan cukai GST yang membebankan akibat tempias skandal 1MDB.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.