Logo Pakatan Harapan PRU 14 Bukanlah Isu Besar
Oleh HAYAR HASSAN
Seusai mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan(PH) pada 27 Februari 2018 lalu, Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku Pengerusi PH telah membuat suatu pengumuman yang cukup menarik. Beliau mengumumkan bahawa PH akan hanya menggunakan satu logo untuk calon-calon PH dalam PRU 14 akan datang. Pengumuman sebegini sememangnya amat melegakan dan dinanti-nantikan oleh semua penyokong serta pendukung PH.
Adalah diyakini bahawa pengumuman terbaru ini amat tidak disenangi oleh UMNO/BN. UMNO/BN tidak mengjangkakan bahawa pimpinan PH boleh dengan mudah bersetuju untuk membuat keputusan besar itu. Sebenarnya ianya adalah suatu lagi kejutan buat UMNO/BN. Melihat kepada kerenah birokrasi dan teknikal yang telah dan sedang dialami oleh parti-parti komponen PH , sukar dinafikan bahawa sememangnya masih ada usaha-usaha untuk menggagalkan dan menyusahkan PH menyertai Pilihan Raya Umum(PRU) ke 14. Salah satu isu adalah penggunaan satu logo oleh semua calon-calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri PH.
Seperti yang kita ketahui, adalah menjadi hasrat pimpinan PH untuk menggunakan logo resmi PH dalam PRU 14. Seingat saya sebelum ini belum pernah lagi blok pembangkang menggunakan satu logo dalam sebarang PRU. Satu logo ini hanya mampu dilakukan oleh gabungan parti-parti Kerajaan UMNO. Setelah merdeka, parti Kerajaan Perikatan menggunakan logo Kapal Layar. Selepas itu Perikatan berubah menjadi Barisan Nasional(BN) dengan menggunakan logo dacing. Sejarah membuktikan bahawa dengan menggunakan satu logo, BN terus memenangi setiap PRU.
Penggunaan satu logo adalah salah satu strategi yang mantap untuk memenangi PRU.
Sebelum ini, blok pembangkang dengan nama-nama Angkatan Perpaduan Ummah(APU), Barisan Alternatif(BA) dan Pakatan Rakyat(PR) menyertai semua PRU dengan menggunakan logo masing-masing. Sebelum ini idea untuk menggunakan hanya satu logo untuk blok pembangkang sukar diketengahkan. Setiap parti-parti pembangkang contohnya , merasakan amat sukar untuk orang bukan Islam mengundi calon yang menggunakan lambang bulan PAS. Pengundi-pengundi Melayu pula diandaikan terlalu sukar untuk mengundi calon-calon yang menggunakan logo roket DAP. Begitulah tanggapan ramai orang termasuk lah pimpinan blok pembangkang sendiri.
Sewaktu menjadi Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional(BN), Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa beliau tidak begitu gerun terhadap blok pembangkang kerana mereka sukar bersatu dan bekerjasama dalam banyak hal. Salah satunya adalah berkaitan dengan penggunaan satu logo untuk semua calon-calon pembangkang !
Saya merasakan Tun Dr Mahathir Mohamad lah yang kuat berusaha agar semua calon-calon PH menggunakan satu logo dalam PRU ke 14 nanti. Beliau tahu dan percaya bahawa dengan menggunakan satu logo PH akan mempunyai suatu kelebihan lagi disamping satu manifesto.
Nampaknya selepas pengumuman bakal calon-calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, PH terus mara ke hadapan untuk memberikan tawaran-tawaran istimewa kepada pengundi-pengundi.
Berbalik kepada logo yang akan digunakan oleh semua calon-calon PH, semua kita tahu bahawa sampai sekarang Pendaftar Pertubuhan Malaysia(ROS) masih belum memberikan kelulusan terhadap cadangan logo resmi PH. Alasan yang diberikan adalah bersimpang siur, tiada suatu yang pasti dan mengelirukan. Akhirnya PH terpaksa menegaskan sekali lagi bahawa semua calon-calon PH dalam PRU 14 nanti pasti akan menggunakan satu logo. Logo tersebut adalah logo salah satu parti dalam PH sendiri.
Dalam soal pemilihan logo ini, rasanya logo roket DAP dan bunga raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) akan tekeluar dari senarai kerana kedua-dua parti tersebut dilihat mempunyai sedikit masalah dengan ROS. Logo Parti Amanah juga agak baru dan masih belum dikenali oleh semua ramai rakyat Malaysia. Yang tinggal hanya lah logo Parti Keadilan Rakyat(PKR).
Seperkara yang menarik, logo PKR ini telah pun digunakan dalam beberapa PRU yang lalu. Saya berpendapat, seandainya ROS masih tidak memberikan kelulusan terhadap penggunaan logo resmi PH, maka logo PKR adalah jawapannya.
Kelihatannya pengumuman terbaru oleh Pengerusi PH ini bakal memudahkan pimpinan dan aktivis-aktivis PH dalam membuat persediaan menempah bendera dan poster untuk kegunaan PRU 14 .
Dikhabarkan semua pimpinan dalam komponen parti-parti dalam PH bersedia dan berlapang dada terhadap penggunaan logo salah satu parti dalam PH. Cumanya Majlis Presiden PH masih betul memuktamadkan mana satu logo yang akan digunakan. Sama-sama lah kita tunggu akan keputusan muktamad Majlis Presdiden PH atas penggunaan satu logo buat calon-calon PH dalam PRU 14 nanti.
Tentunya keputusan itu nanti adalah suatu keputusan yang tepat dan baik untuk semua pihak dalam PH.
Adalah jelas bahawa sikap bertolak ansur, berlapang dada, berhujah secara rasional, berkepala dingin dalam berbincang dan tetap membuat sebarang keputusan secara consensus sudah dapat dihayati oleh kebanyakan pimpinan PH.
Pengundi-pengundi atas pagar dalam PRU 14 yang dianggarkan sekitar 70 % daripada semua jumlah pengundi berdaftar sememangnya sedang memerhati dan menunggu akan tawaran-tawaran istimewa dan mantap daripada PH dan BN. Tawaran daripada blok ketiga, blok Sejahtera sudah tidak relevan lagi.
Berdasarkan kepada trend pilihanraya negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Jepun, Korea, India, Indonesia, kalau rakyat diminta memilih, mereka hanya akan memilih antara dua blok parti utama sahaja. Blok ketiga hanya dianggap sebagai pengacau dan membuat kerja-kerja yang sia-sia.
Oleh yang demikian, persaingan untuk PRU 14 yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini adalah hanya antara PH dan BN sahaja.
Semoga semua pengundi akan menggunakan akal fikiran yang sihat dalam membuat keputusan untuk mengundi. Mengundi kerana sentimen emosi yang berlebihan adalah kerja yang sia-sia.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.