https://critoxium.com/shop/

Terkini

Rayuan Dana PRU14 Amanah P.069 Parlimen Parit

Parlimen P.069 Parit dalam Negeri Perak adalah antara 27 kerusi Parlimen yang telah diputuskan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk ditandingi oleh Amanah dalam PRU14 tidak lama lagi. Sudah tentulah sebagai parti baharu, kantungnya masih kosong.

Bagi mengisi Dana PRU14 Amanah Parit, kami telah memperkenalkan Projek Standing Instruction Dana PRU14 kepada ahli-ahli Amanah dan penyokong Pakatan Harapan di seluruh negara.

Kami memerlukan penyertaan seorang individu yang sedia membuat potongan bank setiap 5 haribulan sebanyak RM100 sebulan sebagai derma jihad selama 3 bulan berturut-turut sebelum pembubaran Parlimen. Bagi bulan Mac ini, boleh bank in bila-bila masa sahaja.

Jadual potongan bank bermula pada bila-bila masa Mac ini, diikuti 5 April dan 5 Mei pada setiap bulan yang terbabit. Potongan dibuat secara automatik melalui e-banking. Namun ia juga boleh dilakukan secara manual melalui ATM Deposit.

Kempen berterusan oleh semua ahli Amanah mencari peserta bagi projek ini akan mensasarkan seramai 300 orang menyertainya iaitu 300 peserta X RM300 (3 bulan) = RM90,000.00. Kerja kuat semua pihak sangat-sangat diharapkan bagi mempastikan kejayaan ini. Sila perkenalkan 5 orang dan kirimkan nama dan no telefon mereka kepada saya (www.whatsApp/0196655150) untuk dihubungi lanjut bagi tujuan ini.

Potongan bank boleh dibuat kepada BIMB No Akaun ( 12225010015402 ) atas nama Parti Amanah Negara Kawasan Batu sebagai akaun pengumpulan bagi pihak Amanah Parit. Setiap pembayaran hendaklah disertakan dengan slip bayaran dan kirimkan kepada saya melalui talian www.whatsapp/0196655150 untuk tujuan rekod bayaran. 

Amanah. Progresif. Peduli.

TARMIZI MOHD JAM
Koordinator Amanah P.069 Parit
Timbalan Pengerusi Amanah WP
Naib Pengerusi Pakatan Harapan WP

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.