Era GST: Kehidupan lebih susah dan tertekan
Oleh Ooi Heng
Pada masa ini, impak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) termasuk kenaikan harga barang, peningkatan kos sara hidup, kehidupan rakyat semakin beban, terutamanya golongan berpendapatan rendah merupakan tekanan yang boleh kita rasai setakat ini.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan sedemikian, kerajaan hanya memberi tumpuan kepada berapa banyak hasil kutipan GST untuk negara setiap tahun. Sehingga kini, kerajaan masih tidak mempunyai langkah yang lebih berkesan untuk mengawal impak pelaksanaan GST dengan sepenuhnya.
Apa yang lebih teruk ialah kerajaan berkali-kali mengelakkan tanggungjawabnya dan berkata bahawa kenaikan kos sara hidup tidak berkaitan dengan GST. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenaikan harga barang bukan disebabkan GST, sebaliknya tindakan orang tengah atau kartel memanipulasi harga bagi mengaut keuntungan berlebihan.
Terdahulu lagi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kenaikan harga barang dan perkhidmatan bukan berpunca pelaksanaan GST sebaliknya turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain seperti pertukaran mata wang asing dan peningkatan kos pengangkutan.
Kami berpendapat bahawa walaupun terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga barang, GST adalah merupakan penyebab utama masalah ini. Faktor-faktor lain yang disebutkan oleh kerajaan BN telah wujud sebelum pelaksanaan GST, ia tidak berkemungkinan hanya menyebabkan harga barang naik setelah pelaksanaan GST. Oleh itu, kerajaan tidak harus terus melarikan diri daripada bertanggungjawab, tetapi berani menghadapi masalah yang wujud ini dengan serius dan menyelesaikannya!
Selain daripada melaksanakan beberapa langkah untuk mengatasi impak GST, hasil kutipan GST juga harus digunakan dengan berhemat.
Berdasarkan analisis badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU), peruntukan untuk pemberian BR1M sahaja telah menggunakan 13.9% hasil kutipan GST tahun lepas. Manakala dengan pertambahan kategori baru dan kadar BR1M yang diumumkan, peruntukan untuk pemberian BR1M adalah merupakan 26.6% hasil kutipan GST tahun lalu.
Sekiranya kehidupan rakyat tidak susah, adakah kerajaan perlu membelanjakan begitu banyak wang untuk mengedarkan bantuan kewangan? Jelas sekali, GST menyebabkan kehidupan orang ramai lebih susah dan tertekan.
Selain itu, hal ini juga menunjukkan kerajaan BN mempunyai masalah dari segi pengurusan kewangan. Walaupun GST boleh membawa sumber pendapatan yang lumayan kepada negara, ia juga membawa beban yang lebih besar terhadap kehidupan rakyat. Dengan ini, kerajaan hanya menggunakan hasil pendapatan negara untuk memberi bantuan kewangan sebagai penyelesaian, tetapi tidak melihat kepada impak GST yang lebih luas dan menyelesaikan masalah di akar umbi.
GST telah dilaksanakan selama tiga tahun tetapi masalahnya masih wujud sehingga sekarang.
Sekiranya tadbir urus kerajaan teratur, pembangunan ekonomi negara baik, dan rakyat mempunyai kehidupan yang baik, maka kami mempercayai bahawa pelaksanaan pelbagai dasar cukai dapat memberi manfaat kepada rakyat.
Pendapatan negara adalah sumbangan kolektif rakyat dan diuruskan oleh kerajaan. Tanpa mengira hasil kutipan cukai itu banyak atau kurang, pengurusan kewangan kerajaan yang efektif adalah kunci utama. Sekiranya kerajaan tidak mempunyai keupayaan untuk menguruskan masalah kewangan, walaupun pendapatan negara tinggi, ia akan digunakan di tempat yang salah, dan akhirnya membazirkan wang rakyat!
Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.