Mahfuz dicabar legenda bola Kedah di Pokok Sena?
PETALING JAYA, 14 April — Desas-desus bertiup makin kencang legenda
bola sepak Kedah Radhi Mat Din bakal dicalon bertanding di Pokok Sena.
Jika menjadi kenyataan, bekas kapten itu bakal bertembung dengan penyandangnya Datuk Mahfuz Omar, bekas naib presiden PAS.
Meninggalkan PAS hujung tahun lalu, Mahfuz diumumkan mewakili Parti Amanah Negara (Amanah) bagi mempertahan kerusinya sejak 1999 kecuali 2004.
Poster Radhi, anak jati Pokok Sena, yang memaparkan beliau sebagai calon parlimen P008 Pokok Sena mula tersebar di media sosial minggu ini.
Begitu juga poster ceramah hari ini di Kuala Kedah yang dihadiri presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan pemimpin Kedah.
Foto dan nama Radhi turut disertakan dalam poster itu, dikatakan majlis ceramah untuk mengumumkan calon PAS.
Namun seorang kakitangan di pejabat PAS Pokok Sena enggan mengesahkan atau menafikan ura-ura pencalonan bekas pemain itu untuk menentang Mahfuz.
Sebaliknya ProjekMMO disaran agar mengikuti satu pengumuman mengenai calon yang bakal dibuat di markaz PAS cawangan Alor Ibus malam ini.
Di sebelah siang pula, Hadi dijadual merasmikan mesyuarat agung PAS Pokok Sena di kompleksnya di Langgar, Alor Setar jam 12 tengah hari ini.
Imej Radhi Mat Din 'sebagai calon PAS' di Pokok Sena seperti disebarkan di Facebook dan WhatsApp. Menang
dengan 3,935 undi pada 2013, Mahfuz bakal berdepan tokoh tempatan itu,
dikenali penyokong tegar PAS yang popular dan ada aura tersendiri.
Mahfuz, bekas yang dipertua PAS Pokok Sena, mendapat 36,198 undi, manakala calon Barisan Nasional Datuk Sahlan Ismail mendapat 32,263 undi.
Setiausaha Amanah Kedah Aris Awang berkata keputusan PAS meletakkan wira bola sepak Kedah itu “tidak akan menggugat” calonnya di Pokok Sena.
“Cuma agak sedih kerana tindakan PAS dilihat cuba memecah undi pembangkang,” katanya dalam satu mesej SMS kepada ProjekMMO semalam.
“[Ini] kerana Pakatan Harapan mendapat sokongan semua kaum sedangkan PAS dan BN hanya mencuri undi tegar masing-masing dari satu kaum.”
ProjekMMO menghubungi Mahfuz tetapi setakat ini belum menerima jawapan.
Februari lalu, beliau dilaporkan berkata rakyat di kawasan yang diwakilinya itu mahu perubahan di peringkat nasional dan negeri.
“Jadi sudah tentu apabila bercakap tentang peralihan kuasa mereka nampak [Pakatan] Harapan sebagai pihak yang boleh diberi kepercayaan,” katanya.
Pokok Sena mempunyai tiga kerusi negeri iaitu Bukit Lada, Bukit Pinang dan Derga. Dua daripadanya di tangan pembangkang.
BN merampas kerusi Bukit Lada daripada PAS dengan majoriti 1,324 undi. PAS menang di Bukit Pinang dengan 1,672 undi tetapi majoriti merosot.
Walau majoriti Mahfuz merosot daripada 5,731 undi pada 2008, DAP berjaya merampas Derga dengan majoriti 1,156 undi lima tahun lalu.
Pada 2008, DAP tewas di Derga susulan persaingan tiga penjuru dengan PKR, yang mendapat 6,353 undi. Calonnya hanya mendapat 2,095 undi.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.