https://critoxium.com/shop/

Terkini

Marilah kita semua pantau PRU14 ― Bersih 2.0


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bersama dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), dan barisan badan bukan kerajaan (NGO) lain, pada hari ini melancarkan bilik gerakan Pemantau untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pemantau ialah suatu inisiatif rakyat untuk mencegah penipuan dan kesalahan pada PRU14.
Pemantau akan memerhatikan kelakuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), parti politik, dan calon-calon sepanjang tempoh pilihan raya.

Sebarang salah laku atau penipuan akan dilaporkan dan tindakan mahkamah akan diambil, jika perlu.
Seramai 100 koordinator Pemantau akan mula bertugas di seluruh negara mulai hari ini. Mereka akan dibantu oleh lebih 500 sukarelawan.

Pasukan Pemantau akan fokus kepada 11 perkara ini:
(1)          Rasuah dan beli undi
(2)          Penjamuan makanan dan pemberian hadiah
(3)          Pemberian dan pengaruh tidak wajar oleh kerajaan
(4)          Penggunaan aset dan jentera kerajaan
(5)          Perbelanjaan berlebihan
(6)          Kelakuan berat sebelah oleh pegawai-pegawai
(7)          Undi awal dan undi pos
(8)          Masalah daftar pemilih dan pengundi hantu
(9)          Masalah pada hari mengundi
(10)        Politik perkauman
(11)        Keganasan politik, intimidasi, dan gangguan semasa kempen
Setakat ini, Bersih 2.0 telah merekodkan 48 kesalahan pilihan raya. Maklumat lanjut dan terbaru tentang kesalahan-kesalahan boleh diperolehi melalui “peta kesalahan” di laman aduan.pemantau.org/map.
Perkara ini menunjukkan bahawa pemantauan adalah penting dan rakyat perlu memainkan peranan dalam memastikan pilihan raya berjalan dengan bersih dan adil.
Orang ramai boleh membuat laporan kepada Bersih 2.0 jika mereka mendapati sebarang penipuan pilihan raya, pelanggaran hak asasi, atau isu perkauman.
Aduan boleh dibuat melalui:
Laman web : aduan.pemantau.org
Telefon : 03-7931 4444 atau 017-872 5418 atau 017-872 5419
WhatsApp: 011-1772 1546
Emel : aduan@pemantau.org
Akhir sekali, Bersih 2.0 menyeru kepada semua pihak ― SPR, kerajaan, parti politik, pengundi, dan NGO ― untuk memastikan PRU14 berjalan dengan bersih dan adil.
* Tulisan ini asalnya kenyataan media Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.