https://critoxium.com/shop/

Terkini

Lagi cepat UMNO dibatalkan atau diharamkan, lagi baik.

Oleh Zaharin Mohd Yasin

Saya tidak ada masalah UMNO di batalkan oleh ROS.. sebab sesiapa yang berkuasa boleh melakukan apa dia suka. Sistem pentadbiran awam di Malaysia yang di ajar oleh British sudah tidak terpakai.

 Pentadbiran ikut undang2 ISA@ ikut suka aku. Satu undang pada dasar sudah dihapuskan tetapi masih lagi terlekat dihati yang berkuasa.

Saya suka juga UMNO di batalkan.. dengan sendirinya Barisan Nasional sudah tidak ada. Selama ini UMNO menjadi mendukung biawak hidup MCA dan MIC. Biar kami orang-orang Melayu nasionalis berjuang secara sendirian pula.. walau pun seratus tahun.

Kami yang tinggal akan menubuhkan satu Parti Melayu yang baru bernama PARTI KEBANGSAAN NASIONALIS MELAYU MALAYSIA yang garis perjuangan sama dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya PKMM yang diharamkan oleh Bristish. Garis nasionalisme melayu.

Persoalannya bersetujukah Anwar Ibrahim akan pembatalan UMNO? sebab sudah menjadi pengetahuan awam..

Jika dibatalkan maka mereka yang bertanding mendapat undi kedua akan menjadi ahli Parlimen. Maka bertambahlah ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu di Parlimen dan akan memperkecilkan peranan PKR dan DAP. Kecualilah PPBM bergabung dengan PKR saperti pernah dilakukan dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia.

Maka kesimpulannya. lagi cepat UMNO diharamkan.. lagi cepat serpihan ahli UMNO yang bebas rasuah dan tidak terlibat dengan kekotoran pemimpin dulu berjuang sebagai 'presure group' demi kepentingan Melayu.

Penganalisa soal politik masa kini jangan difikirkan dan dibuat dengan perasaan sentimen kebencian, bermusuhan dan megah dengan kemenangan. Sejarah politik Sabah adalah satu contuh yang terbaik untuk mereka melihat kesannya salepas USNO kalah, walau pun salepas itu Parti Berjaya yang multi racial memerintah. Sehingga UMNO ditubuhkan barulah bumiputra Islam boleh bersuara.

Sekali saya tegaskan lagi cepat UMNO di haramkan.. lagi baik untuk Malaysia khasnya orang Melayu, supaya dia akan sedar diri di suatu masa. Kerana di Malaysia jika pun tidak ada di permukakan soal SARA@Suku,agama,ras dan antara gulongan. tetapi dibawahnya ada.

Itu sebab saya kata eloklah Kelas KEMAS dan semua kepentingan Melayu di hapuskan.. tidak ada masalah. Berpuluh tahun Kemas diadakan bagi mendidik anak-anak Melayu keluarga pendapatan rendah, beratus ribu sudah dikeluarkan.. mereka ini satelah dewasa yang menyokong UMNO di tumbangkan. Biar dia rasa kelainan sikit dengan kehidupan biasa.

Supaya boleh berfikir.

Kemenangan PH Pru ada kaitan dengan SARA tetapi tidak kelihatan kerana mereka berdamai dalam isu SARA mencapai tujuan satu mengalahkan UMNO/Barisan Nasional.. salepas berkuasa mereka kan berpecah semula ke tujuan yang azali mereka.. kerana bangsa mereka, kerana agama mereka, kerana ras dan gulongan yang miskin dan kaya..
Percayalah..

Bandar Sri Permaisuri.
Mei 19, 2018
Jam 1.20 th

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.