Mengapa Conucil Of Elders Di Perlukan ?
Oleh: Dr. Mahyudin Ahmad
Apabila mendengar Tun Mahathir mewujudkan Council of Elders ini, terus
saya teringat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN atau NEAC) yang
ditubuhkan oleh Tun dulu ketika menangani krisis kewangan 1998. Tun Daim
salah seorang ahlinya. Saya akan ceritakan di bawah nanti.
Lantikan Council of Elders ini terdiri dari individu yg sangat berkepakaran dalam ekonomi & kewangan, kita semua sedia maklum. Tun Daim bekas Menteri Kewangan dua kali, TS Zeti mantan Gabenor BNM, kepakaran sistem kewangan dan polisi monetari, Robert Kuok & TS Hasan Merican pula terlibat dalam perniagaan di peringkat antarabangsa & syarikat multinasional. Prof Jomo sudah tentu kepakaran polisi ekonomi mapan di peringat pembuat dasar ekonomi tertinggi dunia PBB.
Tujuan utama Council ialah untuk MEMULIHKAN ekonomi Malaysia, meraih kembali KEYAKINAN rakyat dan pelabur. Dan mereka sememangnya berkepakaran melakukannya.
Mereka akan menilai semua polisi ekonomi berkaitan hutang negara, GST & harga minyak. Di samping itu, mereka juga akan mula mengesan data-data dan maklumat (fine details) mengenai projek mega & semua keputusan pelaburan GLC seperti Tabung Haji, MARA, FELDA, dll.
Paling utama ialah 1MDB.
Mereka pasti mampu membuat a complete and thorough forensic investigation - mengesan dan meneliti semua data-data kontrak dan pelaburan 1MDB, aliran keluar masuk wang dari akaun ke akaun, perbelanjaan, penggubahan, dan mengenalpasti aset-aset 1MDB yang masih boleh di recoup semula.
Begitu juga dengan kontrak dan pelaburan berbilion yang diterima dari China dan semua yang berkaitan dengannya.
Mereka akan menilai, meneliti, dan melaksana strategi-strategi kemas & penuh taktikal, bagi bertujuan utamanya menghentikan bebanan kewangan negara, meminimumkan kerugian dari pemberhentian kontrak2, mendapatkan kembali wang digubah atau dipindah keluar, serta akhirnya memulihkan kemapanan (sustainability) ekonomi negara yg kemungkinan bakal menghadapi krisis pada tahun mendatang.
Mengenai MTEN, ia ditubuhkan pada Januari 1998, dan selain Tun Daim, ia turut disertai DS Anwar, Tan Sri Rafidah, dan beberapa menteri kanan. al-Marhumah Prof Mahani Zainal Abidin , Professor ekonomi dari UM turut dilantik.
Paling utama MTEN ialah untuk menangani kesan krisis kewangan 1998. Elok kita revisit sedikit sejarah situasi ekonomi negara sebelum krisis kewangan 1998
Dasar liberalisasi ekonomi dan reformasi fiskal dan ekonomi benar telah menatijahkan pertumbuhan ekonomi yg begitu cemerlang. Dekad 1990an pertumbuhan ekonomi sekitar 8-10 peratus, pelaburan asing 4 kali ganda pertumbuhan ekonomi (sekitar 40 peratus).
Namun data-data komposisi pelaburan cenderung kepada pelaburan jangka pendek (short term flow/portfolio capital). Saiz pelaburan jangka pendek ini mencecah 62 peratus dari total pelaburan asing pada 1993, manakala FDI pula menurun dari 60 peratus 1986-1990 ke 40 peratus pada 1996.
Krisis kewangan bermula dari Thailand yg telah apungkan Bhat pada Julai 1997, hilang serta merta 10 peratus nilai Bhat, intervensi dari Bank Negara Thailand untuk pertahan nilai Baht mengguna semua rizabnya akhirnya gagal, dan apungan itu akhirnya menjunamkan nilai Baht, sekaligus menghilangkan keyakinan pelabur & terjadilah capital flight di sana.
Di Malaysia, tempias kesan dirasa (contagion effect) apabila Bursa Saham Malaysia merudum akibat penjualan saham besar2an oleh pelabur, tukaran ringgit merudum sehingga mencecah lebih RM4 untuk 1 Dolar, dan menyebabkan kegagalan sistem kewangan & perbankan. Serangan ringgit berlaku (disebut serangan apabila semua hedge fund managers, brokers speculators, taking short position in massive volumes). Ekonomi benar pun merudum, syarikat tutup akibat pelaburan tiada, kehilangan pekerjaan dan vicious cycle ini berterusan menyebabkan ekonomi menguncup teruk.
Akhirnya terjadilah apa yg terjadi.
Apa tindakan MTEN? Tidak lain ialah kawalan modal komprehensif, mencapai autonomi dalam keputusan polisi makro & kestabilan tukaran matawang.
Dasar monetari mengembang iaitu penurunan kadar bunga dilaksanakan untuk merancakkan kembali ekonomi. Di samping itu, beberapa kawalan modal penting dilakukan iaitu:
1. Halangan eksport & import matawang ringgit dan matawang luar
2. Halangan pemberian kredit dlm negara kepada foreign residents & companies
3. Pengenaan 12-bulan tempuh 'bertenang' untuk semua keuntungan syarikat luar sebelum dibenarkan repatriation ke luar negara. Selepas 12 bulan ada levy pula ke atas setiap repatriation.
4. Repatriation ringgit dari pasaran pesisir, menjadikan ringgit tidak bernilai di luar Malaysia.
5. Currency peg, iaitu tukaran asing tetap rm3.80 sama 1 Dolar.
Hebat sekali strategi-strategi ini kerana mereka faham kesan cause-and-effect bagi setiap langkah dilakukan. Kaitan antara currency peg dgn kadar bunga dengan expansionary monetary policy kalau cerita maybe budak ekonomi saja kut boleh paham.
Apa pun, akhirnya kawalan ini bertujuan untuk menstabilkan ringgit, menutup peluang spekulasi nilai ringgit, menghilangkan insentif capital flight, pengenaan tempoh bertenang memberi insentif untuk pelabur tidak meninggalkan malaysia, mengekalkan aset & pelaburan, mereka sekaligus memberi ruang expansive monetari polisi dilaksanakan di Malaysia bagi menyokong aktiviti ekonomi.
Ekonomi Malaysia antara yang kembali pulih segera selepas krisis 1998 berbanding Indonesia & Thailand yang mengikut kaedah penyelesaian krisis IMF.
Oleh itu saya yakin Council of Elders yang baru ditubuhkan akan mampu memulihkan & membawa ekonomi negara ke landasan yang betul dengan segera. Sama-sama kita berdoa.
-Dr Mahyudin Ahmad-

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.