https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pesanan dan nasihat YB Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man :



Askm w.b.t,

Saudaraku,
Keputusan telah keluar. Kini Malaysia dipimpin oleh kerajaan baru. Semoga kita semua kuat dengan ujian ini. Tghh telah berpesan agar kita, menerima segala keputusan kerana ianya adalah sebahagian daripada rukun iman yg mewajibkan kita mempercayakan baik dan buruk sesuatu peristiwa. 


Saudaraku,
Jangan kesal dengan tindakan kita memangkah PAS. Kita berjuang bukan hanya untuk dunia, tapi demi akhirat kita.

Saudaraku,
Kita berbanggalah dengan perjuangan PAS. Sekurangnya lepas dah kita dari soalan di akhirat sana nanti.

Saudaraku,
Mudahan apa yg berlaku pada hari ni menyebabkan terbukanya mata umat Islam untuk bersatu demi menjaga, kedaulatan Islam.

Saudaraku,
Ramai org Islam yg bergembira dgn menangnya PH , tapi percayalah jauh disanubari mereka lega bila Pas memerintah Kelantan dan Trgganu dan jauh di sanubari mereka ialah kebimbangan terhadap masa depan Islam.

Kebimbangan itulah tandanya Islam akan bangkit selepas ini InshaAllah.

Saudaraku,
Tidak mengapa jika kita menitiskan air mata semalam. Tapi hari ini bangkitlah dengan semangat baru. Jihad kita takkan pernah berakhir, selagi masih bernyawa.... Allahuakbar!!!!

"Kalau kita bekerja hanya utk pilihanraya, kita tentu KECEWA. Namun jika kita kerja untuk ISLAM, maka Allah tidak akan mengecewakan kita."

Salam perjuangan buat semua petugas.

*_Tuan Guru Dato Tuan Ibrahim Tuan Man_*
*_Timbalan Presiden PAS_*
Mari bersama betulkan niat kita.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.