Tiga keputusan, keluar Pas paling mudah untuk dibuat – Saiful Islam
Oleh Saiful Islam
Di blog ini, apabila saya bahasakan diri saya sebagai saya, saya hanyalah diri ini yang terbatas pada setakat apa yang dia tahu, apa yang dia alami dan apa yang dia fikirkan mengenainya.
Catatan peribadi di sini, biar pun terbuka untuk bacaan umum, ia adalah jurnal peribadi. Ia tidak bermaksud sama sekali untuk memaksa penerimaan, kerana tujuannya hanya menyediakan suara untuk mencetus fikir.
Siapa saya, sebanyak manakah pembabitan saya dahulu dan juga sekarang, tidaklah begitu relevan untuk diketengahkan. Pemimpin-pemimpin yang berpuluh tahun di dalam PAS, pengalamannya dari sekecil-kecil pengalaman hingga ke sebesar-sebesar peringkat, nasional dan antarabangsa, jika ditolak, tertolaklah ia.
Pemimpin Pas yang meninggalkan Pas, kemudian menyertai AMANAH bukanlah ahli di pinggiran seperti saya, tetapi beradanya mereka di dalam Pas pun dikecam, keluar pun dikecam, menubuhkan parti baru dikecam. Justeru, bagi saya, apa yang tertulis, tertulislah ia sebagai bahan berfikir.
Tiada banyak kena mengenanya dengan apa yang saya tahu, dan apa yang anda tidak tahu.
Saya ini bukan sesiapa pun. Dari dahulu sehingga sekarang.
Jika inginkan analisis tentang siapa saya, gunalah Google dan carian di dalam Facebook untuk coretan-coretan tahun 2014-2015. Ustaz cinta, hati tisu, mengaji tidak habis, isteri gagal peperiksaan, takjub dengan diri sendiri…. senarainya panjang, kemudian tenggelam, dan kini mungkin akan diperbaharui, apabila saya menulis kembali. Mencoret dari Kutub Utara, dikongsi serba sedikit di sana sini.
Kali ini, saya ingin menulis tentang proses saya membuat keputusan.
Ia mungkin sama dengan pengalaman sebahagian anda, mungkin tidak sama.
Sekitar tahun 2014 ke 2015, kemudian 2017 dan kini 2018, saya menempuh tiga peringkat membuat keputusan. Yang pertama paling mudah. Yang kedua susah sedikit. Yang ketiga paling susah. Tetapi ketiga-tiganya sudah dibuat.
KEPUTUSAN PERTAMA
Keputusan yang pertama adalah keputusan meninggalkan Pas. Ini adalah keputusan yang paling mudah kerana sebab-sebabnya sudah lebih daripada cukup untuk diri saya.
KLIK UNTUK BACA TULISAN SEPENUHNYA

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.