Rais: Detik telah sampai dan peristiwa harus dimulai...
Veteran Umno Tan Sri Rais Yatim menggesa orang Melayu supaya berfikir
dan melihat dengan sendiri bagaimana penyelewengan yang berlaku di
negara ini dan bagaimana mereka perlu menukar semua itu.
Dalam video yang disiarkan di laman Facebook AMANAH, ahli politik yang sedang "disiasat" oleh Umno kerana berkongsi pentas dengan pemimpin Pakatan Harapan itu berkata, sudah tiba masanya untuk orang Melayu tidak lagi ditakut-takutkan dengan pelbagai tohmahan BN.
“Saya yakin cerdik pandai Melayu sudah bertukar pendiriannya dan mereka yang menganalisis masa depan Malaysia dapat menimbulkan kesilapa-kesilapan besar yang dilakukan di bawah perjuangan Umno sekarang dalam BN.
"(Ini) sehingga induk kepada isu-isunya seperti GST, seperti barang yang begitu mahal, dan juga bagaimana hilangnya aset negara, dijual ke luar negara, tentu sekali akan memberi kesan lebih buruk dariapada hanya menuding jari bahawa DAP akan memusnahkan hak-hak orang Melayu, yang mana tidak benar,” katanya.
Menurut Rais, sudah sampai detiknya dan peristiwanya mesti dimulai dengan orang Melayu harus berfikir.
Beliau berkata mereka sekarang boleh melihat dengan sendiri bagaimana penyelewengan sudah dilakukan dan bagaimana semua ini perlu ditukar.
“Kita dapat melihat sekarang bahawa semua bandar utama di negara dengan dengan kampung-kampung baru dan kampung-kampung sudah bersemuka rakyat, untuk mahu menukar kerajaan, halatuju masa depan negara dan bangsa,” katanya.
Rais juga mengingatkan orang Melayu bahawa menyokong HARAPAN, yang mana DAP adalah parti komponennya, akan membahayakan hak mereka adalah tidak benar.
“Ada empat parti Cina dalam BN sekarang. Sedangkan dalam HARAPAN hanya ada satu iaitu DAP.
“DAP mungkin menang 35 kerusi, walaupun mereka bertanding 53 kerusi di Malaysia. 35 tidak boleh menentukan corak perjuangan ataupun corak pentadbiran masa depan negara.
“Jadi ini satu tohmahan, sengaja menakut-nakutkan agar orang Melayu tidak tidak menaruh kepercayaan kepada HARAPAN,” katanya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.