https://critoxium.com/shop/

Terkini

Umno Dah Nazak,Masih Lagi Mainkan Sentimen Bangsa

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Ketika Umno dlm keadaan nazak, Asyraf Wajdi, pemimpin Umno yg kalah di Kelantan masih lagi memainkan sentimen bangsa.

2. Katanya, kerusi Melayu Islam milik BN lebih banyak drpd kerusi Melayu Islam milik PH.


3. Dia lupakah, dalam PRU yg lalu, walaupun Umno dan sekutunya meniup habis-habisan bara sentimen Melayu supaya menyala, namun bara itu tetap tidak mahu menyala.

4. Dimana-mana, Umno dan sekutunya memainkan isu, kalau PH menang DAP jadi PM.

5. Habislah, merempatlah Melayu jika PH menang. PH menang maknanya DAP menang. Undi PH undi DAP.

6. Tapi rakyat tetap tolak Umno / BN walaupun sentimen itu diratib siang malam pagi petang. Rakyat tak termakan langsung dakyah Umno / BN itu.

7. Selepas kalah pun Asyraf nak ratibkan lagi sentimen itu? Kamonlah... Ramai orang kata, Asyraf orang cerdik, politikus masa depan untuk Malaysia.

8. Tapi jika begini gaya politiknya, dia bukan politikus masa depan, tapi politikus terlepas kereta api.
9. Cukuplah wahai pemimpin Umno. Hentikanlah politik sentimen bangsa sebegitu.

10. Kita sedang membina Malaysia baru. Malaysia yg mengiktiraf dan membela warganya tanpa sentimen bangsa atau agama.

11. Pemimpin sebegitu tiada tempat dalam medan politik Malaysia baru yg sedang dibina ini.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.